Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Panggil Pasangan Dengan Panggilan Mesra Serta Tunaikan Ibadah Bersama Dapat Eratkan Hubungan!

Hubungan antara suami isteri merupakan satu anugerah yang dikurniakan Allah SWT.
Editor
12 Dec 2020, 02:00 PM

Hubungan antara suami isteri merupakan satu anugerah yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Sudah tentu ia fitrah manusia untuk menemui seseorang yang boleh melengkapi antara satu sama lain.

Dalam satu hubungan terutama sekali antara suami isteri, mesti kena saling lengkap melengkapi satu sama lain kerana dari situlah akan hasilnya perasaan cinta, ketenangan dan belas kasih sayang dalam rumah tangga.

panggil pasangan dengan panggilan mesra serta tunaikan ibadah bersama dapat eratkan hubungan!

Jika hanya seorang sahaja yang memainkan peranan, maka setiap apa yang dilakukan kebiasaannya akan menemui jalan kegagalan. Oleh kerana itu, bolehlah ikuti langkah kebahagiaan bagi menyemarakkan lagi kasih sayang yang telah dibina:

1. Perbincangan antara dua hala

Perbincangan yang baik akan menghasilkan natijah yang baik. Perbincangan ini mestilah dilakukan dalam keadaan tenang, mesra dan jauh daripada gangguan anak-anak.

Pastikan perbincangan ini berpaksikan kasih sayang dan elakkan daripada menggunakan perkataan tuduh-menuduh atau salah-menyalahkan antara satu sama lain. Gunakan perkataan-perkataan yang membuatkan pasangan rasa senang dan selesa. Waktu yang sesuai kebiasaannya sebelum tidur. Situasi ketika itu lebih tenang dan relax.

2. Membuat kejutan yang membahagiakan pasangan

Antara yang disebutkan oleh baginda Rasulullah ialah dengan memberikan hadiah. Sabda Baginda Rasulullah: Hendaknya kalian saling memberikan hadiah, kerana hadiah dapat menghilangkan sifat benci dalam dada, dan janganlah seseorang meremehkan pemberian jirannya walaupun hanya kaki kambing. (HR Tirmizi 2056)

Nasihat Baginda Rasulullah tidaklah terarah kepada semua pasangan suami isteri untuk sentiasa memberikan hadiah tetapi ia boleh diaplikasikan bagi mewujudkan kasih sayang antara satu sama yang lain. Hadiah yang diberikan tidaklah menjadi syarat hadiah-hadiah yang mahal tetapi cukup sekadar pemberian yang ikhlas dari hati.

3. Memanggil dengan panggilan yang mesra

panggil pasangan dengan panggilan mesra serta tunaikan ibadah bersama dapat eratkan hubungan!

Panggilan yang mesra boleh mendatangkan kasih sayang dan mengeratkan hubungan antara pasangan suami isteri. Sebaik-baik contoh adalah Baginda Rasulullah yang memanggil isterinya Aishah dengan panggilan 'Ya Humaira' yang bererti si pipi merah.

Panggillah pasangan anda dengan nama-nama yang boleh melembutkan jiwanya dan membuatkannya bertambah sayang. Allah melarang seseorang memanggil dengan panggilan yang buruk yang boleh menghina seseorang. Firman Allah: “Dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.” (Surah Al-Hujuraat ayat 11)

4. Lakukan kerja rumah bersama-sama

Jangan jadikan alasan tidak ada masa nak melakukan kerja di rumah gara-gara kesibukkan career masing-masing. Carilah ruang yang sesuai untuk membantu pasangan anda di rumah seperti menyapu sampah, mengemas rumah atau menyidai pakaian.

Kekasih Allah iaitu Baginda Rasulullah juga dalam kesibukan memimpin ummah tidak mengabaikan tanggungjawab di rumah.

Aisyah pernah ditanya mengenai perilaku baginda Rasulullah apabila di rumah. Maka kata Aisyah: Baginda suka membantu pekerjaan rumah isterinya, apabila tiba waktu solat, maka baginda akan pergi untuk melaksanakan solat. (HR Bukhari 5579)

5. Lakukan ibadah bersama-sama

panggil pasangan dengan panggilan mesra serta tunaikan ibadah bersama dapat eratkan hubungan!

Perkara yang paling penting dan mulia dalam satu hubungan adalah dengan mengajak pasangan anda untuk melakukan ibadah bersama. Tidak kira ibadah wajib atau sunat.

Sabda Baginda Rasulullah: Apabila Allah mencintai seseorang hamba, maka dia akan menyeru Jibril: Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia. Maka Jibril pun mencintai orang tersebut, maka Jibril menyeru kepada penghuni langit: Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah si fulan. Maka penduduk langit pun mencintai orang tersebut, sehingga akhirnya ditetapkan bagi si fulan untuk diterima di bumi. (HR Bukhari 5580)

6. Sentiasa berdoa untuk pasangan

Doa merupakan senjata yang paling berkesan bagi seseorang Muslim, tidak kira dalam apa jua situasi. Berdoa membolehkan seseorang itu berubah dengan izin Allah. Doa juga boleh menyebabkan kasih sayang akan berkekalan kerana kita meminta pada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Perkasa.

Antara doa yang boleh didoakan ialah: Ya Allah jadikan pasanganku mencintaiku di dunia hingga ke akhirat. Ya Allah janganlah engkau pisahkan kami dan jauhkan mereka-mereka yang mahu merosakkan hubungan kami ini. Ya Allah jadikan pasangan kami sentiasa mentaati perintah Mu. Hanya kepada Mu Ya Allah kami berserah dan kepada Mu tempat kami meminta.

Sumber: Mstar Ad-din

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}