Memakir kereta berdekatan pili bomba adalah satu kesalahan berat. Ini kerana sekiranya terjadi kebakaran perkara ini akan menyukarkan pihak bomba untuk melakukan kerja-kerja penyelamatan.
Namun, terdapat satu kejadian di daerah Anaheim yang menunjukkan keadaan apa yang terjadi sekiranya anda masih berdegil untuk memakir kereta berdekatan dengan pili bomba.
Berdasarkan gambar tersebut, pihak bomba akan memecahkan cermin kereta bagi memberi laluan kepada paip bomba. Dengan cara ini sahaja pihak bomba dapat melakukan kerja-kerja penyelamatan untuk memadamkan kebakaran.
Jadi, anda rasa berbaloi tak sekiranya pintu cermin kereta anda dipecahkan?
Sumber: KTLA & Anaheim Fire Rescue
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.