Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Dunia Perlu Bertindak Segera Elak Kehancuran Gaza dan Pembunuhan Beramai-Ramai Rakyat Palestin” - Pakar PBB

ROSTAM, Mohamad Firdaus
09 May 2025, 10:15 AM

“dunia perlu bertindak segera elak kehancuran gaza dan pembunuhan beramai-ramai rakyat palestin” - pakar pbbFoto sekadar hiasan

Pakar-pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran keras berhubung krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, sambil menyatakan bahawa dunia kini berdepan satu pilihan yang amat sukar tetapi nyata sama ada terus berdiam diri menyaksikan kehancuran rakyat Palestin atau mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Memetik laporan Awani, lebih 20 pakar bebas PBB menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap nasib penduduk Palestin, terutama selepas rejim Zionis menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak dua bulan lalu.

Mereka menegaskan bahawa tindakan segera perlu diambil untuk menghentikan tindakan yang disifatkan sebagai berpotensi membawa kepada penghapusan penduduk Palestin secara besar-besaran serta kemusnahan total wilayah Gaza.

Menurut mereka, kegagalan untuk bertindak bukan sahaja mengancam nyawa ribuan orang awam, tetapi juga menyeret masyarakat antarabangsa ke arah kejatuhan moral yang parah.

“Dunia perlu memilih sama ada terus membisu menyaksikan rakyat tidak bersalah dibunuh, atau bangkit mempertahankan keadilan dan kemanusiaan,” kata mereka dalam satu kenyataan rasmi.

Amaran ini hadir selepas tentera Israel mengumumkan rancangan untuk melancarkan serangan berskala besar di Gaza, yang telah diluluskan oleh kerajaan mereka.

Dalam pada itu, pengumuman itu telah mencetuskan kecaman meluas dari pelbagai negara, termasuk agensi-agensi kemanusiaan di bawah PBB yang memberi amaran bahawa tindakan tersebut hanya akan memburukkan lagi krisis yang telah meragut ribuan nyawa sejak konflik meletus lebih 19 bulan lalu.

Beberapa pemimpin dunia turut tampil menyuarakan kebimbangan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menyifatkan situasi di Gaza sebagai antara yang paling kritikal pernah disaksikan.

Manakala, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, pula berkata bahawa kerajaannya akan membawa satu resolusi ke Perhimpunan Agung PBB untuk menggesa langkah drastik bagi menghentikan pembunuhan orang awam serta memastikan bantuan kemanusiaan segera disalurkan.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, menyatakan dengan tegas bahawa tindakan Israel di Gaza dan Tebing Barat kini semakin tidak boleh diterima.

Pakar PBB mengakhiri kenyataan mereka dengan menyeru masyarakat dunia agar segera bertindak, tidak hanya dengan kata-kata, tetapi dengan langkah nyata yang dapat menghentikan kekejaman yang sedang berlaku serta membawa keadilan kepada rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us