
Mesti ramai yang ingin tahu apa pekerjaan pemain bola sepak selepas mereka bersara kan?
Jom ketahui 5 kerjaya selepas persaraan 5 pemain bola sepak terhandal ini.
1. Pemenang Piala Dunia 98 Adalah Seorang Atlit Jijutsu

Untuk pengetahuan anda, Ramai tahu Bixente Lizarazu adalah sebahagian watak paling penting dalam kemenangan Perancis ketika kejohanan Piala Dunia 1998 dan juga kejohanan Euro 2000. Namanya terus popular semasa menyarung jersi pasukan Bayern Munich dan pencapaiannya dalam sukan bola sepak merupakan satu pencapaian yang sukar ditandingi oleh kebanyakan pemain.
Mula serius dalam sukan jiu jitsu selepas memenangi kejohanan tali pinggang biru kategori dewasa 1 dalam pertandingan peringkat Eropah pada tahun 2009, menjadi dia seorang juara pada peringkat benua lagi sekali. Pada tahun 2016, Bixente dianugerahkan tali pinggang hitam dalam seni jiu jitsu selepas lebih 7 tahun mempelajari kemahiran tersebut. (rujukan)
2. Andriy Schevchenko ke bidang politik

Siapa yang takn kenal pemain yang pernah terknenal suatu ketika dahulu ini? Bagi pemain legenda kelab AC Milan dan negara Ukraine ini, beliau telah pun ditawarkan untuk menjadi jurulatih kepada pasukan kebangsaan Ukraine, namun Schevchenko menolaknya kerana mahu mencuba nasib dalam politik pula selepas bersara pada tahun 2012.
Menjadi orang nombor 2 dalam parti yang dinamakan "Ukraine-Forward", parti tersebut dilaporkan menjadi parti paling banyak membelanjakan dana untuk berkempen dengan isu gaji minima dibawa secara besar-besaran. Bertanding dalam 105 kerusi, parti tersebut tewas tanpa memenangi sebarang kerusi dan hanya mendapat 1.58% undi daripada rakyat Ukraine. Pada 2013, Andriy mengumumkan ingin mencuba nasib sebagai pemain golf, namun prestasi teruk dalam penampilan pertama menjadi penghalang.
3. Pemain pertahanan Liga Perdana Inggeris yang kini menjadi detektif

Arjan memilih untuk menjadi seorang anggota polis atau lebih tepat lagi, seorang detektif yang mempunyai pengkhususan dalam bidang penyeludupan manusia dan pengedaran dadah di Belanda, bagi menyumbang semula tenaga pada negara yang dia cintai. Akar umbi sebagai pemain bola sepak tidak dilupakan dan Arjan adalah kapten kepada pasukan bola sepak kebangsaan polis Belanda.
4. Daripada penjaga gol kepada gusti

Tim Wiese merupakan penjaga gol pasuka antarabangsa Jerman, menghadapi beberapa masalah disiplin sehingga mengakibatkan kontraknya ditamatkan namun bagi Tim, setiap kesusahan pasti ada jalan keluar jika kita mencarinya. Meminati sukan WWE sejak kecil, Tim menggunakan masa terluang beliau semasa ditamatkan kontrak untuk membina otot-otot.
Diberikan tawaran untuk menyertai WWE oleh penggusti Triple H, Tim ditawarkan memegang watak jahat dan bergandingan dengan dua nama besar dalam WWE, Cesaro serta Sheamus dalam pertarungan 3 lawan 3. Diberikan gelaran 'The Machine' Tim dan pasukannya memenangi pertarungan 10 minit itu.
5. Pemain lejen Sepanyol kini Mengubah kerjaya di bidang Muzik Techno

Pemain yang dikenali sebagai Gaizka Mendieta adalah salah seorang pemain yang dikatakan sebagai jeneral kepada pasukan Sepanyol era awal 2000. Mempunyai kebolehan mengawal tempo permainan dengan baik serta pernah menjadi pemain Sepanyol paling mahal di dunia, Gaizka memang mempunyai minat untuk menjadi seorang disc jockey yang dipendam.
Pada mulanya secara senyap-senyap dia ber-DJ tanpa pengetahuan orang ramai sebelum namanya mula dikenali dan DJ Mendieta menjadi sebutan. Pada tahun 2016, bagi meraikan perlawanan akhir bola sepak Champions League di antara Real Madrid dan Athletico Madrid, acara Champions Event dianjurkan sebagai acara promosi dengan DJ Mendieta terpilih untuk menghiburkan pengunjung yang hadir.
Sumber - Iluminasi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.