Wah makin anggun dan cantik! Pelakon Mia Ahmad menarik perhatian warga net dengan penampilan barunya bertubuh labuh.
Menerusi laman sosial Instagram, Mia atau nama sebernarnya Samihah Ahmad Baderi, 33, muat naik beberapa foto terkini menggayakan tudung dengen sopan dan anggun.
Mia turut tulis, “I choose to shine in 2021,” di ruangan kapsyennya.
Menerusi perkongsian tersebut, Mia kelihatan anggun dan jelita memakai tudung labuh dan jubah sedondon berwarna coklat cair.
Malah, kalau lihat balik Instagramnya sekitar hujung tahun 2020, Mia sudah mula berkongsi foto sopan dan melabuhkan tudungnya menutupi paras dada.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang meninggalkan komen positif dan menyambut dengan baik penampilan baru Mia Ahmad. Rata-rata turut mendoakan supaya Mia kekal istiqamah dalam usaha menutup aurat.
Sumber: Instagram Mia Ahmad
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.