Sepanjang bulan Ramadan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan aktiviti mengimarahkan masjid dan surau di negeri tersebut termasuk ibadah solat terawih serta moreh ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut pengarahnya, Mohd Zakuan Zakaria berkata mulai 12 April ini, pelaksanaan semua aktiviti itu dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan garis panduan aktiviti keagamaan.
"Bagi solat tarawih dibenarkan dilakukan sebanyak 20 rakaat namun bagi memastikan tempoh berkumpul tidak terlalu lama pihak masjid dan surau boleh melaksanakannya sebanyak lapan rakaat dengan kadar bilangan jemaah adalah mengikut kapasiti keluasan (masjid dan surau).
"Jemaah hendaklah berusia tujuh hingga 70 tahun sahaja serta berada dalam keadaan sihat, bagaimanapun tazkirah semasa solat sunat tarawih adalah tidak dibenarkan dan imam serta bilal perlu meringkaskan bacaan zikir, selawat serta doa," katanya.
Beliau turut berkata kariah masjid dan surau boleh mengadakan jamuan berbuka puasa, moreh serta sahur di kawasan masing-masing, namun hidangan makan bertalam tidak dibenarkan.
Majlis ilmu turut dibenarkan dengan penyertaan jemaah ditetapkan sendiri oleh pihak masjid dan surau, namun bermalam di premis berkenaan tidak dibenarkan, katanya.
JHEAIPP turut membenarkan solat sunat Aidilfitri serta aktiviti menziarahi kubur sepanjang Ramadan dan Syawal.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.