Siapa saja yang suka hidup bersendirian terutama sekali bila dikelilingi pasangan bahagia. Mungkin hati ini sudah bersedia untuk menjadi kepunyaan orang. Amalkan surah-surah ini untuk cepat menerima jodoh.
- Gandingan Surah Yusuf (ayat 4) dan Surah Taha (ayat 39)
Keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada manusia untuk mengeratkan hubungan sesama manusia terutamanya dalam kalangan ahli keluarga, suami isteri, anak-anak mahupun sahabat adalah dengan gandingan kedua-dua ayat ini.
Cara untuk mengamal adalah dengan membaca Surah Yusuf (ayat 4) diikuti dengan Surah Taha (ayat 39) sebanyak tiga hingga tujuh kali selepas solat. Anda boleh juga membaca dua ayat ini di dalam hati apabila anda ingin bertemu dengan orang yang anda hajati.
- Surah Taha (ayat 131-132)
Maksud sebalik ayat-ayat ini, Allah memberi peringatan kepada manusia supaya jangan lalai dengan kelebihan di dunia kerana kurniaan lebih abadi berada di kehidupan akhirat nanti. Maka, Allah SWT memerintahkan supaya umatnya teruskan usaha dan banyakkan bersabar serta bergantung kepada Allah SWT sebagai pemberi rezeki dan perancang. Dan salah satu rezeki yang dimaksudkan Allah SWT adalah jodoh. Amalkan potongan surah ini selepas anda menunaikan solat fardhu sebagai doa untuk mendekatkan diri dengan jodoh yang baik.
- Surah Qashash (ayat 24) – Doa Nabi Musa A.S
Mungkin kerana sering sekali dikecewakan ataupun masih belum lagi dipertemukan dengan jodoh yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup penyebab ada yang di kalangan kita mudah berputus asa dengan kurniaan jodoh. Pengajaran daripada kisah Nabi Musa A.S yang diberikan pelbagai jenis ujian. Baginda berdoa dengan doa ini ketika berada dalam permasalahan, lalu Allah SWT mengeluarkannya daripada situasi berikut. Maka, kita boleh lah mengamalkan doa Nabi Musa A.S ini.
- Surah An-Nur (ayat 26)
Ayat ini diturunkan apabila Aisyah R.A difitnah pada zaman Rasulullah SAW. Dan makna sebalik ayat ini menyatakan bahawa lelaki-lelaki yang baik akan dikurniakan pasangan perempuan yang baik. Jadi boleh mengambil pengajaran daripada ayat ini untuk sentiasa memperbaiki diri ini untuk mendapat jodoh yang baik juga.
Bukan senang untuk memilih pasangan hidup kita. Jadi sentiasa berdoa dan bersabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT.
Sumber: Pesona Pengantin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.