Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Pencerahan Tentang Hukum Mewarnakan Rambut

Apakah hukum mewarnakan rambut?
Editor
16 Jun 2020, 11:44 AM

Topik mengenai hukum mewarnakan rambut selalu menjadi pertanyaan orang ramai. Boleh atau tidak mewarnakan rambut. Dan apakah hukum sebenar.

pencerahan tentang hukum mewarnakan rambut

Mewarna rambut wujud semasa zaman Nabi Muhammad SAW, apabila para sahabat ingin pergi berperang. Tujuannya bagi menimbulkan rasa gerun dalam hati musuh kerana melihat orang Islam masih muda dan gagah.

Dalam situasi lain, Rasulullah SAW juga pernah menyuruh seorang sahabat yang sudah lanjut usianya bernama Abu Quhafah supaya mewarnakan rambut yang sudah beruban namun tidak boleh berwarna hitam.

Hukum Mewarnakan Rambut Secara Umum

1. Sunat

Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain daripada warna hitam.

2. Harus

Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad. Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.

3. Makruh

Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh. Memutihkan rambut dengan apa jua bahan bagi tujuan kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.

4. Haram

Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam hukum harus. Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.

pencerahan tentang hukum mewarnakan rambut

Memetik perkongsian PU Azman yang menerangkan tentang 5 perkara utama ini terlebih dahulu.

1. Tujuan Mewarnakan Rambut

Jika untuk menutup uban, ia sunat. Jika tiada sebab, ia harus. Jika mengikut budaya yang jahat, maka ia haram.

2. Bahan Yang Digunakan

Bahan yang digunakan mestilah bukan daripada bahan yang tidak suci atau najis.

pencerahan tentang hukum mewarnakan rambut

3. Membahayakan Kesihatan Atau Tidak

Jika tidak membahayakan kesihatan maka ia dibolehkan.

4. Menghalang Air Atau Tidak

Bahan yang digunakan mestilah tidak menghalang air untuk sampai ke dalam rambut. Ini kerana, umat Islam perlu sentiasa berwuduk untuk solat serta mandi wajib.

pencerahan tentang hukum mewarnakan rambut

5. Warna Yang Digunakan Mesti Tidak Mendatangkan Fitnah

Warna yang dibolehkan seperti warna yang dekat dengan warna inai atau warna asal rambut, contohnya coklat, perang, atau kemerah-merahan seperti warna inai.

pencerahan tentang hukum mewarnakan rambut

Warna-warna yang dapat menarik perhatian dan menimbulkan fitnah serta gosip di kalangan masyarakat perlu dielakkan contohnya warna biru, kuning, hijau dan sebagainya.

Sumber: Pejabat Mufti Negeri Sembilan / Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}