Pasti ada orang sekeliling kita yang suka melatah apabila dicuit atau terkejut. Kebiasaan orang yang melatah adalah orang tua, namun ada juga orang muda yang sudah melatah. Melatah ni dikaitkan dengan orang Melayu terutama di Asia Tenggara.
Melatah ni penyakit ke atau sengaja nak tarik perhatian?
Mereka yang suka melatah ini sebenarnya merupakan satu perbuatan yang apabila dilakukan berkali-kali jadi tabiat yang sukar ditinggalkan. Dari aspek Psikologi, mereka ini adalah masalah personaliti bercelaru, resah atau darah gemuruh, cepat terkejut dan lemah semangat (easily hyperstartle response) dan mudah mendapat serang panik (panic attack)
Macam mana boleh melatah?
Melatah bukanlah disebabkan faktor genetik. Tetapi mereka yang melatah mungkin terdedah atau sudah berjangkit dengan pak cik mak cik mereka yang melatah. Seseorang itu juga boleh melatah sekiranya berdepan masalh psikologi atau mungkin dari segi keturunan dan persekitaran yang mendorong mereka berada dalam keadaan resah, sedih dan cepat gemuruh.
Macam mana nak atasi atau ubati orang melatah?
Caranya dengan menampar bahu si pelatah lalu mengajarnya mengucap dan beristigfar beberapa kali hingga dia kembali tenang. Jangan cuba usik mereka yang suka melatah. Tiada ubat untuk mereka cuma sesi kaunseling psikoterapi.
Sumber: Dr Daniel Zainal Abdul Rahman
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.