Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Perasaan Hasad Dengki yang Diharuskan?

Terdapat hadith yang mengecualikan larangan terhadap perasaan hasad.
Editor
20 Nov 2019, 03:47 PM

Perasaan hasad dengki adalah antara tabiat yang dilarang dan dikutuk di dalam Islam. Secara istilahnya, hasad dengki bermaksud perasaan cemburu dan iri hati kepada kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh oleh orang lain sehingga menimbulkan perasaan benci dan secara langsung mewujudkan pertelingkahan atau suasana yang penuh dengan kebencian.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla:

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

MaksudnyaDan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

Surah al-Falaq (5)

Sabda Nabi Muhammad SAW:

إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ

MaksudnyaHendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu.

Sunan Abi Dawud (4903)

Walaubagaimanapun, terdapat hadith-hadith yang menyatakan terdapat perasaan hasad dengki yang dibenarkan dan diberi pengecualian:

 

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ

فَهْوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

MaksudnyaPerasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang Allah SWT kurniakan kepadanya harta dan dia membelanjakannya pada jalan kebenaran, serta seseorang yang dikurniakan hikmah dan dia berhukum dengannya dan mengajarkannya.

Sahih al-Bukhari (73)

Dan juga hadith berikut:

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ

مَالاً فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ

MaksudnyaPerasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang dikurniakan ilmu tentang al-Qur’an dan dia membacanya sepanjang malam dan siang, serta dengki terhadap seseorang yang dikurniakan harta dan dia menginfakkannya (ke jalan Allah SWT) sepanjang malam dan siang.

Sahih al-Bukhari (7529) dan Sahih Muslim (815)

Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani, istilah hasad yang berada dalam kedua-dua hadith di atas sebenarnya membawa maksud al-ghibtoh, iaitu, sama seperti hasad, keinginan untuk memiliki nikmat seperti orang lain. Yang membezakan di antara hasad dan al-ghibtoh ialah dalam perasaan al-ghibtoh, tiada sekelumit perasaan untuk menarik rezeki tersebut daripada orang yang ‘dicemburui’ itu.  Keinginan ini boleh diterjemahkan sebagai munafasah atau persaingan di mana ianya terpuji dan digalakkan.

Pada kesimpulannya, asas perasaan hasad itu sebenarnya terlarang, melainkan ia adalah untuk perkara-perkara kebaikan. Dalam pada itu, ia tidak pula mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak ataupun keinginan supaya sesuatu rezeki itu ditarik daripada individu yang lain.

Sumber: Mufti WP

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us