Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Peta Pemilikan Senjata Nuklear Dunia 2025, Ancaman atau Alat Pertahanan?

IDRUS, Husna Najwa
20 Jun 2025, 11:38 AM

peta pemilikan senjata nuklear dunia 2025, ancaman atau alat pertahanan?

Foto: Federation of American Scientists

Dunia moden terus berkembang dalam pelbagai aspek, namun satu isu yang kekal menjadi perhatian global ialah kewujudan senjata nuklear. Peta yang dihasilkan oleh Federation of American Scientists ini menunjukkan anggaran jumlah hulu ledak nuklear yang dimiliki oleh negara-negara di seluruh dunia pada tahun 2025.

Berdasarkan peta ini, hanya terdapat sembilan negara yang diketahui memiliki senjata nuklear:

1. Rusia – 4,309 hulu ledak

2. Amerika Syarikat – 3,700 hulu ledak

3. China – 600 hulu ledak

4. Perancis – 290 hulu ledak

5. United Kingdom (UK) – 225 hulu ledak

6. Pakistan – 170 hulu ledak

7. India – 180 hulu ledak

8. Israel – 90 hulu ledak

9. Korea Utara – 50 hulu ledak

peta pemilikan senjata nuklear dunia 2025, ancaman atau alat pertahanan?

Foto Hiasan

Data ini menunjukkan bahawa Rusia dan Amerika Syarikat masih kekal sebagai dua kuasa nuklear utama dunia, menguasai lebih daripada 80% jumlah keseluruhan senjata nuklear global. Ini merupakan peninggalan daripada era Perang Dingin, di mana kedua-dua negara berlumba-lumba membina kekuatan senjata nuklear mereka.

Negara lain seperti China, Perancis dan UK memiliki senjata nuklear sebagai sebahagian daripada kuasa pertahanan global mereka. Sementara itu, negara-negara seperti Pakistan, India dan Korea Utara mempunyai senjata nuklear dalam konteks ketegangan serantau, terutama di Asia Selatan dan Asia Timur.

peta pemilikan senjata nuklear dunia 2025, ancaman atau alat pertahanan?

Foto Hiasan

Walaupun dunia semakin maju dari segi diplomasi dan kerjasama antarabangsa, senjata nuklear masih dianggap sebagai lambang kekuatan dan penangkis ancaman oleh banyak negara. Dalam teori hubungan antarabangsa, ini dikenali sebagai ‘deterrence’, kehadiran senjata nuklear dipercayai dapat mencegah serangan musuh.

Banyak negara dan organisasi antarabangsa sedang berusaha ke arah perlucutan senjata nuklear secara menyeluruh. Perjanjian Non-Proliferasi Senjata Nuklear (NPT)  antara inisiatif diplomatik yang penting untuk menyekat penyebaran senjata ini, walaupun pelaksanaannya masih menghadapi cabaran besar.

Peta ini bukan sekadar memaparkan data, tetapi membawa mesej penting tentang realiti geopolitik dunia masa kini. Senjata nuklear kekal sebagai simbol kekuasaan, namun ia juga merupakan ancaman yang sangat nyata kepada manusia sejagat. Pendidikan dan kesedaran masyarakat amat penting dalam usaha menuju dunia yang lebih aman dan selamat.

Sumber: Federation of American Scientists

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us