Kelapa parut memang banyak kegunaannya terutama sekali dalam masakan Melayu. Kuih saja dah banyak resepi yang menggunakan kelapa parut.
Sebab itulah ada beberapa rumah, wajib kena ada kelapa parut di dapur. Tapi kalau beli dalam kuantiti yang banyak, bagaimana nak simpan?
Ikut perkongsian Ani Zam ini, mungkin dengan cara ini boleh membantu anda simpan kelapa parut hingga dua tiga bulan!
#1 Letakkan kelapa parut di dalam loyang
#2 Taburkan garam dan gaul pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah sebagai agen anti pereputan.
#3 Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 15 minit.
#4 Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
#5 Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Tips extra: Jika ingin santan yang lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh kisar sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat.
Sumber: Ani Zam
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.