Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.
![pinggan mangkuk seramik hanya selamat dibuat sebagai hiasan](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/blue-set-of-4-ceramic-plates-by-vareesha-blue-set-of-4-ceramic-plates-by-vareesha-i00il8.jpg)
Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah
- Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
- Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik
- Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan
- Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui)
- Pinggan dengan pelbagai bentuk
![pinggan mangkuk seramik hanya selamat dibuat sebagai hiasan](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/20cm-gold-black-white-marble-ceramic-plate-porcelain-dinnerware-set-kitchen-table-european-style-decoration-dessert.jpg)
Pinggan yang selamat adalah
- Pinggan berwarna putih tanpa corak
- Corak pinggan di bawah atau luar pinggan
Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya
- Elakkan meletakkan makanan panas
- Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave
- Jangan simpan makanan terlalu lama
- Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah
- Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor
- Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil
![pinggan mangkuk seramik hanya selamat dibuat sebagai hiasan](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/101643258_10157884751594160_7525546944777682944_n.jpg)
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.