Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

"Dalam Syurga Ada Lapan Pintu," Apakah Pintu-Pintu Syurga Itu?

Taman syurga merupakan nikmat yang paling diidamkan oleh semua umat Islam.
Editor
08 Apr 2021, 07:00 AM

Syurga adalah satu tempat yang penuh kesejahteraan, kesenangan, kenikmatan, kebahagiaan serta kemuliaan. Mereka yang masuk ke dalam syurga akan kekal abadi di dalamnya.

8 pintu syurga di akhirat

Para alim ulamak membahaskan nama-nama pintu syurga yang disediakan oleh Allah seperti mana yang terdapat dalam hadis nabi. Sabda baginda Rasulullah SAW: “Dalam syurga itu ada lapan pintu.”  HR Bukhari 3257

1. Pintu Solat

Ia di sediakan bagi mereka yang sentiasa mengerjakan ibadah solat termasuklah solat fardu dan solat-solat sunat.

2. Pintu Jihad

Ia disediakan kepada mereka yang berjihad di jalan Allah bagi menegakkan kalimah Allah.

3. Pintu Ar-Rayyan

Ia disediakan kepada mereka yang suka berpuasa sama ada puasa wajib dan juga puasa-puasa sunat.

4. Pintu Sedekah

Ia disediakan kepada mereka yang suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira waktu.

8 pintu syurga di akhirat

5. Pintu Aiman (pintu paling kanan)

Ia disediakan kepada umat islam yang tidak dihisab amalannya.

Mereka yang di sebutkan Allah golongan kanan yang mana golongan kanan kebiasaanya berkat. Jika kita lihat dalam hadis-hadis nabi maka nabi menyukai belah kanan dan akan memulakan belah kanan dahulu. Firman Allah didalam Surah Al-Waqiah ayat 8: Iaitu puak pihak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu.

Sabda Rasulullah: Lalu dikatakan, “Wahai Muhammad, masukkanlah dari umatmu orang yang tidak ada hisab bagi mereka ke babul aiman (pintu paling kanan) dari salah satu pintu syurga, mereka bersama dengan manusia pada selain pintu itu.” - [HR Bukhari 4343].

6. Pintu menahan marah dan memaafkan manusia

Ia disediakan kepada mereka yang dapat mengawal kemarahan, emosi dan tidak mengikut hawa nafsu.

Sabda Rasulullah: Sungguh Allah memiliki satu pintu di dalam syurga yang tidak ada orang yang memasukinya kecuali orang yang memaafkan suatu kezaliman. - [HR Ahmad 6908].

7. Pintu orang menyebut La Haula Wala Quata illa Billah

Ia disediakan kepada orang yang selalu mengerjakan ibadah taubat dan sentiasa beristighfar kepada Allah. Sabda Rasulullah: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu pintu daripada pintu-pintu syurga?" Jawabku:Tentu. Baginda bersabda: "La Haula Wala Quata illa Billah (Tidak ada daya dan upaya kecuali milik Allah)." - [HR Tarmizi 3505].

8. Pintu hormat ibu bapa

Ia disediakan kepada mereka yang sentiasa mengasihani, menghormati dan membantu ibubapa dalam apa jua keadaan mereka.

Sabda Rasulullah: Ibu bapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, maka jagalah kedua ibubapa kamu atau tinggalkan. [HR Ibn Majah 3653]

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}