Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada Jumaat, menjadikan beliau anggota kabinet pertama republik itu mengambil vaksin COVID-19.
Pada majlis pelancaran rasmi program vaksinasi untuk para petugas kesihatan di Hospital Besar Singapura (SGH), Lee terima suntikan bersama kakitangan hospital tersebut.
Institusi penjagaan kesihatan awam, termasuk hospital dan poliklinik, akan memulakan vaksinasi ke atas kakitangan mereka hari ini.
SGH menganggarkan sekitar 90 pekerjanya akan mendapat vaksin pada hari pertama.
Terdahulu, satu ujian pada skala kecil dijalankan terhadap vaksin itu di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit, di mana 40 kakitangan menerima suntikan pada 30 Dis, 2020.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.