
Selepas ini pihak berkuasa akan mula memantau sesiapa yang tidak berpuasa.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan dan Bahagian Pengurusan Halal bertekad untuk memantau aktiviti jual-beli makanan pada bulan puasa ini.
Sekiranya seseorang didapati tidak berpuasa, mereka boleh disabitkan di bawah Seksyen 19, Tidak Menghormati Ramadan, Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Jadi, kalau anda terfikir nak ponteng puasa tu fikirlah banyak kali. Jika tidak kantoi di dunia pun, pasti akan dibalas di akhirat. Jadi, berpuasa sahajalah.
Sumber: Projek MM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.