Pulau Pinang membenarkan semua aktiviti keagamaan masjid dan surau termasuk solat Jumaat bagi kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd Zakuan Zakaria, garis panduan telah diaturkan dan telah berkuat kuasa bermula hari ini sehingga arahan baharu dikeluarkan.
Tambahnya, kadar bilangan jemaah yang ditetapkan bagi solat Jumaat untuk kawasan PKP adalah mengikut keluasan ruang solat utama masjid atau surau Jumaat sahaja dengan mengambil kira penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
Sama seperti solat fardhu berjemaah, solat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri juga dibenarkan.
"Kadar tempoh untuk solat fardhu diperuntukkan hanya 20 minit. Sementara itu, semua aktiviti sosial dan majlis ilmu tidak dibenarkan di kawasan PKP.
"Sama juga untuk kawasan PKPB namun kuliah serta bacaan Yasin selepas solat Maghrib sehingga masuk waktu Isyak dan kuliah Subuh pada hari Sabtu dan Ahad dibenarkan dengan pematuhan SOP," katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.