Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Purata 28 Kanak-Kanak Palestin Terbunuh Setiap Hari Di Gaza Akibat Serangan Israel

ROSTAM, Mohamad Firdaus
06 Aug 2025, 11:07 AM

purata 28 kanak-kanak palestin terbunuh setiap hari di gaza akibat serangan israel

Foto sekadar hiasan

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan bahawa purata seramai 28 kanak-kanak Palestin terbunuh setiap hari sejak tercetusnya serangan besar-besaran Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan rasmi UNICEF yang dimuat naik di platform X, lebih 18,000 kanak-kanak telah terkorban dalam tempoh serangan yang berlarutan sejak 7 Oktober 2023. Jumlah itu menjadikan angka purata kematian bersamaan dengan satu bilik darjah setiap hari, satu kenyataan yang menggambarkan betapa dahsyatnya situasi di lapangan.

“Kanak-kanak ini dibunuh oleh bom. Mereka mati akibat kekurangan zat makanan, kebuluran, dan kerana tiada akses kepada bantuan asas serta perkhidmatan kesihatan,” ujar UNICEF dalam kenyataan tersebut.

Agensi itu turut menekankan bahawa kanak-kanak di Gaza amat memerlukan makanan berkhasiat, bekalan air bersih, ubat-ubatan serta perlindungan. Namun, lebih utama daripada semua keperluan itu, UNICEF menegaskan bahawa mereka sangat memerlukan gencatan senjata serta-merta.

Angka Kematian Kanak-Kanak Terus Meningkat

Sejak konflik bermula susulan serangan Hamas ke atas wilayah selatan Israel pada 7 Oktober 2023, lebih 60,933 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, manakala lebih 150,027 lagi mengalami kecederaan. Daripada jumlah tersebut, lebih 18,000 adalah kanak-kanak, secara puratanya, seorang kanak-kanak terkorban setiap jam.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja, sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, meninggal dunia akibat kebuluran. Statistik rasmi turut merekodkan 188 kematian yang berkaitan dengan kebuluran, termasuk 94 daripadanya adalah kanak-kanak.

Keadaan ini berlaku ketika Israel terus menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan, malah dilaporkan turut menyerang penduduk yang cuba mendapatkan bantuan tersebut.

Wartawan Al Jazeera, Aksel Zaimovic, menyatakan bahawa bagi kanak-kanak yang masih hidup, zaman kanak-kanak mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan perjuangan harian untuk terus hidup.

Kanak-Kanak Menjadi Mangsa Utama

Kisah menyayat hati seorang kanak-kanak lelaki Palestin, Kadim Khufu Basim, menggambarkan penderitaan yang ditanggung oleh generasi muda di Gaza. Kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal itu kini terpaksa memikul tanggungjawab menjaga enam ahli keluarganya kerana bapanya sedang menerima rawatan di Mesir akibat kecederaan perang.

“Saya suka bermain bola sepak. Tapi sekarang saya jual biskut. Zaman kanak-kanak saya sudah hilang. Sejak perang bermula, kami tidak lagi punya masa untuk menjadi kanak-kanak,” katanya kepada Al Jazeera.

Menurut undang-undang antarabangsa, kanak-kanak seperti Basim seharusnya dilindungi daripada kesan konflik bersenjata. Namun, realitinya di Gaza amat berbeza.

Zaimovic menyatakan bahawa kanak-kanaklah yang paling menderita dalam kempen ketenteraan Israel. Sekolah dibom secara sengaja, sistem bekalan air dimusnahkan dan bantuan makanan disekat dengan sistematik. Hak asasi kanak-kanak seperti pendidikan, permainan dan pemakanan seimbang telah dijadikan alat tekanan terhadap satu generasi yang sedang membesar.

Trauma Psikologi Yang Mendalam

Selain daripada penderitaan fizikal, ramai kanak-kanak turut mengalami kesan psikologi yang amat serius. Lana, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, mengalami depigmentasi, keadaan di mana rambut dan kulitnya menjadi putih akibat tekanan melampau selepas serangan udara berhampiran tempat perlindungannya.

Ibunya, Mai Jalal al-Sharif, berkata Lana kini enggan bergaul dan hanya bercakap dengan patung miliknya, kerana sering dibuli oleh rakan sebaya berikutan penampilan fizikalnya yang berubah.

“Dia bertanya kepada patungnya, ‘Awak nak main dengan saya, atau awak juga akan jadi macam budak lain?’ Keadaan mentalnya amat merosot,” kata Mai.

Situasi ini menyebabkan Gaza digambarkan sebagai "tanah perkuburan untuk kanak-kanak dan impian mereka", menurut Pengarah Serantau Save the Children, Ahmad Alhendawi.

“Ini adalah mimpi ngeri yang tiada kesudahan bagi setiap kanak-kanak di Gaza. Mereka membesar dengan perasaan bahawa dunia telah meninggalkan mereka,” katanya.

Sekatan Terus Menyulitkan Bantuan

Sejak 2 Mac lalu, Israel telah menutup sepenuhnya semua lintasan masuk dan keluar ke Gaza, hanya membenarkan purata 86 buah trak bantuan memasuki wilayah itu setiap hari. Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding minimum 600 trak sehari yang diperlukan untuk menampung keperluan asas 2.3 juta penduduk Gaza.

Akibat sekatan berterusan ini, krisis kebuluran kini menjadi semakin parah dan belum pernah berlaku dalam sejarah moden.

Lebih 150 organisasi kemanusiaan serta pakar PBB kini mendesak agar satu gencatan senjata berkekalan segera dilaksanakan, bukan sahaja bagi membolehkan bantuan segera disalurkan, tetapi juga bagi memulihkan kesejahteraan psikologi generasi muda Gaza yang telah terlalu lama menderita akibat konflik ini.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us