Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kanak-Kanak Mendalami Al-Quran Dalam Aplikasi Roblox

Aimi Amira Nordin
25 Mar 2025, 11:32 AM

kanak-kanak mendalami al-quran dalam aplikasi roblox

Foto: Tangkap Layar Tiktok

Dalam memupuk kanak-kanak untuk memahami isi kandungan al-Quran dengan cara yang lebih menarik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) memperkenalkan World #QuranHour dalam bentuk aplikasi permainan dalam talian di platform Roblox. 

Pegawai Penyelidikan dan Pembangunan WUIF, Norsyamimi Syarah Mohd Ghazni, menjelaskan bahawa inisiatif ini merupakan satu kelainan yang ditawarkan sempena penganjuran World #QuranHour 2025 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

World #QuranHour di Roblox telah berlangsung sekitar jam 10 malam, Jumaat (21 Mac 2025), dengan bimbingan daripada pencipta kandungan terkenal, Cikgu Zyd.

"Sebelum ini timbul persoalan sesuai ke World #QuranHour untuk kanak-kanak kerana ia mungkin sesuatu perbahasan yang berat. Adakah kanak-kanak boleh faham kalau kita tadabbur al-Quran?

"Alhamdulillah tahun ini kita jumpa cara, kita masuk ke dalam aplikasi Roblox dan sediakan World #QuranHour secara maya," katanya selaku panelis program Interviu bertajuk 10 Tahun World #QuranHour yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian.

Selain itu, menurut Norsyamimi, untuk menarik lebih ramai penyertaan daripada pelbagai golongan masyarakat dalam World #QuranHour kali ini, WUIF telah menyediakan satu ruang khas yang dinamakan Pasar Ummah Ikhlas di lokasi penganjuran program tersebut.

Dia juga turut berkata bahawa pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk menarik minat meniaga di samping menyumbang ke jalan Allah.

"Antara contohnya kita buat jualan amal iaitu sesiapa sahaja yang ingin jadi vendor atau menjual barang, boleh jual di tapak Pasar Ummah Ikhlas kemudian hasil jualan tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung wakaf pelajar UIAM.

"Kita juga buka peluang kepada sesiapa yang nak infak barangan basah dan makanan yang boleh dimanfaatkan oleh orang yang memerlukan lagi-lagi ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri ini. Jadi kita sediakan platform untuk sesiapa sahaja berinfak," ujarnya.

Ruangan saff reflection turut disediakan di laman sesawang quranhour.org.

"Ia membolehkan sesiapa sahaja bebas berkongsi mengenai apa yang mereka perolehi daripada Surah al-Saff yang menjadi surah pilihan dalam World #QuranHour tahun ini. Mereka boleh berkongsi tentang nilai dan mesej (surah yang difahami mereka) ataupun kalau mereka rasa perlukan jawapan daripada surah itu sendiri boleh nyatakan keinginan tersebut di situ," katanya.

Beliau menyatakan bahawa WUIF juga menawarkan aktiviti untuk remaja, pelajar, dan sesiapa sahaja yang berminat melalui 'saff challenge', di mana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah berbentuk duit raya.

"Kita sediakan kepada semua orang platform untuk duduk bersama dalam perjuangan al-Quran ini walaupun mungkin ada yang rasa tidak mampu tadabbur al-Quran macam orang lain, rasa tak ada ilmu dan tak ada keyakinan. Tidak mengapa, kita sediakan jalan lain," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us