Trending ‘’Raf Anggap Mawar Seperti Anugerah Yang Allah SWT Berikan,’’ Raf Yaakob Berkongsi Kisah Pernah Doa Minta Jodoh Di Makkah Raf Yaakob menzahirkan perasaan syukur kepada Illahi selepas selesai menunaikan umrah kali yang keenam. Editor 17 Feb 2020, 12:00 PM Share Tweet Pelakon, pengacara dan juga usahawan, Raf Yaakob menzahirkan rasa syukur apabila telah selesaikan segala urusan menunaikan umrah buat kali yang keenam.Menurut Raf, kali terakhir dia bertapak ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah adalah pada bulan Disember 2016. Pada ketika itu, beliau sering mendoakan supaya diketemukan jodoh yang baik dan boleh membahagiakan dirinya dan menyayangi anak-anaknya daripada perkahwinan terdahulu."Raf balik je Umrah, January 2017 jumpa dengan bakal isteri @mawarashid. Tahun yang sama November 9, kami pun bernikah. Sekarang dah ada @radenrafaelraf, syukur Alhamdulillah."Sejujurnya, Raf anggap Mawar seperti anugerah yang Allah SWT beri kepada Raf. Banyak yang kami berdua sama-sama belajar dan saling melengkapi antara satu sama lain," tulis Raf tentang isterinya. View this post on Instagram Alhamdulillah, selesai sudah semua amalan dan urusan di Makkah. Alhamdulillah ini kali ke-6 Raf menunaikan Umrah. Insyaa’Allah kali ke-7 atau ke-9 ke Makkah, Raf nak tunaikan Haji pulak. Kalau kalian semua ada kesempatan, cuba lah datang ke Makkah untuk menunaikan Umrah dan Haji bagi yang mampu. Berdoa dan minta lah segala hajat di dada. • Sebelum ni, kali terakhir Raf buat Umrah pada December 2016. Time tu Raf berdoa sangat nak jodoh yang baik. Jodoh yang boleh membahagiakan Raf. Jodoh yang sayang anak2 Raf (@radenrayyanraf & @raysaachanelaraf) dan boleh terima mereka berdua seadanya. • Raf balik je Umrah, January 2017 jumpa dengan bakal isteri @mawarashid. Tahun yang sama November 9, kami pun bernikah. Sekarang dah ada @radenrafaelraf, syukur Alhamdulillah. Sejujurnya, Raf anggap Mawar seperti anugerah yang Allah Swt beri kepada Raf. Banyak yang kami berdua sama2 belajar dan saling melengkapi antara satu sama lain. • Tiada istilah, “Aku suami, isteri kena dengar cakap suami selalu”. Ye betul, apa yang isteri nak buat kena sentiasa mendapat izin dan redha suami kerana suami adalah Syurga buat isteri. Tetapi suami juga harus menjadi pemimpin yang adil, penyabar dan tak bole marah2. Nak jadi ketua keluarga dan pemimpin yang hebat, suami dulu kena tunjukkan contoh yang baik pada isteri, lepas tu baru isteri dengar cakap. Suami tak perlu cakap dengan mulut, dengan perbuatan saja isteri dah boleh menilai dan ikut. Bak kata Mawar waktu kami mula2 kenal, “your surrounding is your reflection”. SETUJU TAK?A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on Feb 16, 2020 at 3:07am PSTRaf juga mengalu-alukan supaya saudara seagama jika mampu untuk menunaikan ibadah umrah mahupun Haji, datang lah ke tanah suci jika mampu.“Kalau kalian semua ada kesempatan, cuba lah datang ke Makkah untuk menunaikan Umrah dan Haji bagi yang mampu. Berdoa dan minta lah segala hajat di dada.”Raf yang mengerjakan umrah bersama isterinya yang tercinta, Mawar Rashid dan juga cahaya mata mereka, Raden Muhammad Rafael.Sumber: Instagram Share Tweet Filled Under : RafYaakob MawarRashid anugerah zayanpitspot trending *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.