Seminggu berlalu. Namun, kejadian tembakan di sebuah masjid sekitar ChristChurch , New Zealand memberi impak besar kepada seluruh dunia.
Pengganas yang telah meragut 50 nyawa termasuklah seorang rakyat Malaysia telah menerima kecaman dari seluruh dunia. Malah, Perdana Menteri New Zealand sendiri, Jacinda Ardern tidak sanggup untuk menyebut nama pengganas itu.
Kesan daripada serangan tersebut, rakyat New Zealand tanpa mengira bangsa dan agama telah bersatu hati menunjukkan solidarity mereka buat komuniti Islam di sana.
Antara yang telah dilakukan oleh mereka adalah mengudarakan laungan azan buat pertama kali dalam tv mereka. Laungan azan ini boleh didengar di seluruh pelusuk New Zealand dan juga seluruh dunia.
Apa yang lebih menarik, ketika perhimpunan solat jumaat yang dihadiri lebh 50 ribu orang termasuklah Perdana Menteri New Zealand sendiri, beliau telah membaca satu hadis Rasulullah di dalam ucapannya.
“Berdasarkan Nabi Muhammad saw, Para mukiman yang mewarisi kebaikan, belas kasihan dan simpati adalah sama seperti satu tubuh. Ketika mana-mana bahagian tubuh menderita, seluruh tubuh merasakan kesakitan. New Zealand meratapi dengan anda, kami adalah satu ". Katanya dalam ucapan tersebut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.