Satu perkara yang amat mencabrakan kalau rambut mula gugur, sudah pasti dah cuak takut kepala akan mula botak. Betul tak?
Jangan keliru pula, bota katas pilihan diri sendiri dan botak akibat masalah rambu t adalah dua perkara yang amat berbeza. Kondisi botak tengah merupakan dilemsa besar buat lelaki zaman sekarang. Dan jangan ingat lelaki di usia muda remaja ni boleh terlepas daripada masalah ini!
via GIPHY
Tapi jangan risau, setiap benda mesti ada penyelesaian dan cara nak mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
1. Kacang hijau
Rendamkan kacang hijau semalaman, kemudian tapi kacang hijau dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau ke kulit kepala anda. Sambil itu picit kulit kepala perlahan-lahan. Ini merupakan petua yang diamalkan oleh orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala.
2. Daun pandan
Tumbuk daun pandan sehingga lumat. Kemudian campurkan sedikit air dan perah. Ambil sedikit santan dan campurkan dengan pandan yang ditumbuk tadi, kacau sehingga rata. Biarkan selama kira-kira setengah hari. Sapukan pada rambut, biarkan selama 45 minit. Kemudian bilas dengan air.
3. Minyak kelapa hijau
Lebatkan rambut anda menggunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman sebelum anda bilas dengan air bersih. Anda mungkin akan rasa janggal atau kurang selesa disebabkan bau minyak kelapa yang agak kuat. Jadi buat bebrapa kali dan lihat hasilnya nanti!
4. Vitamin semula jadi
Banyak makanan yang mengandungi vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut. Jadi perbanyakkan makanan yang berasaskan sayuran hijau dan buah-buahan kerana ia mengandungi nutrisi yang membantu untuk kuatkan akar rambut anda.
Sumber: Maskulin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.