Kredit gambar utama: Taylor-Rae Hamilton
Kate Grant, seorang model remaja berusia 19 tahun dari Ireland Utara menjadi penghidap sindrom down pertama memenangi pertandingan ratu cantik dunia setelah mengalahkan 40 peserta lain dalam acara Teen Ultimate Beauty Of The World yang diadakan di Portadown.
Gambar: Taylor-Rae Hamilton
Impian Grant untuk memberi inspirasi kepada golongan muda yang menghidap sindrom down dan kelainan upaya yang lain untuk percaya kepada diri sendiri sudah tercapai setelah memenangi pertandingan ini. Grant percaya makna kecantikan sebenar bukannya terletak kepada rupa dan penampilan tetapi terletak kepada diri sendiri. Kecantikan sebenar itu terletak pada nilai baik hati, belas kasihan dan kecerdasan... Dan nilai inilah yang dilihat juri pada dirinya sepanjang pertandingan ratu cantik ini.
Pertandingan itu mempunyai tiga kategori umur untuk kanak-kanak, remaja dan gadis berusia 20 tahun ke atas dan terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira berat, ketinggian atau status perkahwinan dan menyokong Yayasan Make-A-Wish, sebuah badan amal untuk membantu merealisasikan impian kanak-kanak yang berada dalam keadaan kritikal. Pertandingan itu melibatkan sesi temubual dengan panel juri sebelum Grant memperagakan beberapa kostum untuk acara catwalk.
Kredit: Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.