Pengorbanan anak sulung, Muhammad Firdaus Azemi, 18, menggalas tugas sebagai ketua keluarga selepas bapanya, Azemi Ismail, 65, meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis dan pendarahan dalam perut pada 2020.
Malah, nasib empat beranak ini terpaksa menanggung kerugian selepas rumah di Kampung Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah dilanda banjir.
Tambahnya, dia turut menjaga ibu, Mastura Yusof, 49, yang menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis sejak 2021 di samping memastikan keperluan dua adiknya berusia lapan dan 17 tahun disediakan.
“Ibu perlu rawatan termasuk disuntik insulin setiap hari. Jadi saya perlu berulang alik dari Kolej Komuniti di Jitra, Kedah setiap hari bagi memastikan adik dan ibu mendapat penjagaan yang diperlukan.
“Kalau saya tinggal di asrama, tiada siapa yang jaga dan hantar ibu ke klinik serta adik-adik ke sekolah,” katanya.
Menurut Muhammad Firdaus, selain mendapat upah bekerja di premis mencuci kenderaan, dia menerima pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial arwah bapanya selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan.
Tambahnya, keadaan bertambah rumit apabila rumah mereka terjejas akibat banjir besar baru-baru ini sehingga banyak barang penting milik keluarganya rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.