Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Buat Sendiri Mi Kuning Tanpa Guna Mesin Dan Bebas MSG

Jimat duit kalau boleh buat sendiri macam ni kan?
Editor
09 Oct 2017, 09:57 AM

Masa kini semakin banyak produk berasaskan makanan yang diproses dan dicampur dengan pelbagai bahan tambahan seperti MSG, garam, dan bahan kimia. Mi kuning, misalnya, juga telah melalui pelbagai proses tambahan di kilang, sebelum diedarkan kepada pengguna.

Resipi mi kuning yang dikongsikan oleh Puan Sheila Fendy di group Facebook Masak Apa hari Ni mungkin menjadi solusi buat penggemar masakan mi yang mencari mi bebas MSG serta bahan-bahan tambahan lain.

Pagi ni saya mencuba buat mee kuning sendiri. Di sebabkan emak saya kolestrol tinggi, lepastu emak teringin nak makan mee kuning. Jadi saya ambil langkah untuk cuba buat sendiri. Bebas bahan2 yang tak diingini dan bebas MSG serta tahap kebersihan terjamin. Sihat InsyaAllah.

Resepi saya ambil dari dalam group ni juga. Kalau awak carik tak jumpa, boleh google mee kuning home made ats link sirap limau.

Boleh refer gambar dan resepi di bawah. Dah siap buat mee kuning, saya terus buat mee goreng daging versi saya. Boleh la cuba juga kalau mahu.

Mee kuning tanpa mesin mee:

2 cawan tepung gandum
50ml air
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 sudu minyak masakan

Gaul sebati semua bahan. Uli lebih kurang 15 minit. Potong kepada 5 bahagian doh tersebut. Start mengelek atas chopping board. Gelek sampai mendapat tahap ketipisan yang sesuai. Potong guna pisau.

buat sendiri mi kuning tanpa guna mesin dan bebas msg

buat sendiri mi kuning tanpa guna mesin dan bebas msg

Lepas potong tu boleh la letak dalam pinggan yang lebar supaya mee terduduk elok dan jangan lupa letakkan taburan tepung agar tidak melekat satu sama lain.

Panaskan air sehingga mendidih. Letak minyak masakan sikit. Bagi tak melekat bila merebus mee. Rebus 1-2 minit. Angkat tapiskan dan terus alir kan air paip pada mee tersebut utk mengelakkan mee terlebih masak.

buat sendiri mi kuning tanpa guna mesin dan bebas msg

Siap. Selamat mencuba.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us