Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Respon Anak Zahiril Adzim Bila Di Ajar Tentang Tuhan Pasti Mencuit Hati Anda

Editor
28 Dec 2017, 06:31 AM

respon anak zahiril adzim bila di ajar tentang tuhan pasti mencuit hati anda

Sesiapa yang mengenali pelakon Zahiril Adzim di Instagram pasti terhibur melihat keletah anak bujangnya, Nadi Anaqi yang comel dan bijak. Ada sahaja momen-momen menarik yang berjaya dirakam bapa muda ini sehingga membuatkan netizen tidak bosan melihat si comel itu.

Zahiril juga kerapkali berkongsi pengalaman lucu dan kadang-kadang bermakna sebagai seorang ayah. Sekurangnya, bolehlah jadi tatapan bila Anaqi besar nanti kan? Pengikut pun turut sama terhibur dan belajar panduan mendidik anak secara tak langsung.

‘Anaqi, you always say Oh My God’

respon anak zahiril adzim bila di ajar tentang tuhan pasti mencuit hati anda

Hari tu aku dengan Anaqi dalam kereta berdua otw balik rumah. Mommy takda. Macam biasa kiteorg bersembang lah. Dalam sembang – sembang dia sebut ‘oh my god’. Saja nak bukak topic sambil mendidik, aku mencelah.
.
“Anaqi, U always say ‘Oh My God’, do you know that u can also say Oh My Allah or Ya Allah?”
.
“Why?”, dia tanya.
.
“Because God is Allah, and Allah is God. Do u know who is God, who is Allah?”.
.
Aku mula nak bertugas sebagai bapa contoh, cuba nak didik anak tentang Ketuhanan. Didik dari kecil, org kata.
.
“Who?”

‘Aku tambah contoh supaya dia kagum dengan Allah’

respon anak zahiril adzim bila di ajar tentang tuhan pasti mencuit hati anda
Okay, dah sampai masa. On the spot aku cuba ingat balik ayat – ayat yg selalu org pakai bila nak cerita tentang Tuhan dengan anak – anak. Ayat yang simple dan mudah difahami diaorg. Aku mula.
.
“Allah is the greatest, u know? Because He created me, He created U, He created the trees, and grass, the wind, water, fire”.
.
Okay apa lagi? Aku nak tambah lagi example supaya dia amazed dengan Allah, jadi aku up sikit lagi.
.
“He created the sky, He created the stars, the moon, the earth, the whole planet, the whole universe! He created everything! He’s so great, right?”.

‘Cukup la kot aku rasa, takkan nak pergi lagi tentang tauhid’

respon anak zahiril adzim bila di ajar tentang tuhan pasti mencuit hati anda

Settle, cukup lah kot aku rasa. Paling simple. Takkan aku nak pergi deep lagi tentang Tauhid, tentang rahsia Allah, tentang zat Allah. Gila apa, dia baru 4 tahun. Aku sendiri pun tak habis ngaji lagi. Jadi cukuplah aku rasa. Bagi sikit – sikit yang simple macam ni. Dari masa ke semasa sampai besar, aku ajar lah lagi ikut pemahaman dia.

Ok, aku seorang bapak yang sedang menjalankan tanggungjawab aku. Semoga dipermudahkan. Amin. Aku tengok muka dia yang semacam sedang berfikir. Deep.

“What about the chair?”

Bai, aku dah sembang sampai bintang, sampai langit bai. Dia balik tanya pasal siapa buat kerusi??

Reaksi netizen

respon anak zahiril adzim bila di ajar tentang tuhan pasti mencuit hati andarespon anak zahiril adzim bila di ajar tentang tuhan pasti mencuit hati anda

Sumber - Zahiril Adzim

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

Ads With Us Ads With Us Ads With Us