Restoran antara tempat utama yang mendapat kunjungan ramai di sesuatu tempat dalam menikmati juadah makanan dan minuman, selain dijadikan sebagai tempat bersosial dan bekerja.
Di sebalik pandemik COVID-19, tidak hairanlah jika operasi sektor penting ini perlu diteruskan bagi memastikan ekonomi negara kekal berjalan selepas menyaksikan perintah penutupan dan sekatan sejak beberapa bulan lalu.
Oleh kerana itu, ada restoran di beberapa negara yang melaksanakan kaedah unik dalam mengadaptasi suasana kehidupan normal baharu.
#1 Restoran Fish Tales Bar & Grill in Ocean City, Ocean City, Maryland
Restoran tepi air (waterfront) ini menyediakan meja berbentuk bulat berempat roda bagi memudahkan pergerakan pelanggan serta mengekalkan jarak sosial antara pelanggannya.
Penggunaan bumper saiz gergasi itu membantu para pelanggannya mengekalkan jarak sosial dengan jarak enam kaki ketika menggunakan meja berkenaan.
#2 Restoran makanan tengah hari, Bangkok, Thailand
Bagi penggemar restoran mee di Bangkok, Thailand, peluang untuk menikmati makanan tengah hari kini kembali tersedia selepas kelonggaran perintah berkurung dilaksanakan. Bagaimanapun, pelanggan di premis ini perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) penjarakan sosial.
Penghadang plastik yang memisahkan antara dua pelanggan pada satu meja, restoran malah menetapkan syarat kepada mereka untuk duduk secara bersilang bagi memaksimumkan jarak.
Kaedah penghadang plastik dilaksanakan di negara China dan Taiwan.
#3 Restoran Mediamatic Eten, Amsterdam
Sebuah restoran tepi air di Amsterdam menyediakan ruang khas seperti rumah kecil dikenali sebagai ‘rumah hijau kuarantin’.
Ia dibina khas dengan dinding kaca bagi memberi peluang dua orang pelanggan untuk duduk dan makan sambil menikmati pemandangan pesisiran air.
Selain itu, untuk lebih selamat, para pelayan di restoran itu memakai pakaian pelindung seperti sarung tangan dan pelindung muka ketika menghantar pesanan makanan ke meja. Restoran Mediamatic Eten ini dijangka mula beroperasi pada 21 Mei.
#4 Kedai kopi, Art of Coffee, Bangkok, Thailand
Memetik laporan Channel News Asia, sebuah kedai kopi di Bangkok, Thailand bertindak kreatif dengan menyediakan satu sistem atau alat untuk mengurangkan sentuhan antara pembuat kopi dan pelanggan.
Watch: A cafe in Bangkok is using a clever pulley system to follow social distancing rules while serving customers during the coronavirus outbreak pic.twitter.com/6f4nTmmCWa
— TIME (@TIME) March 26, 2020
Kedai Art of Coffee ini menggunakan sistem takal (tali dan roda) ketika menyediakan cawan kopi kepada pelanggan dalam jarak 1 meter selain urusan bayaran melibatkan kad dan duit tunai.
#5 Restoran makanan segera, McDonald's
Restoran makanan segera, McDonald's difahamkan juga beroperasi dalam suasana normal baharu. Sebuah cawangan McDonald’s di Taipei, Taiwan memastikan pelanggan mereka untuk merekod nama, nombor telefon dan angka suhu yang diperiksa di premis berkenaan.
You have to stand in front of the thermal monitor before getting takeout at McDonald’s. #HongKong #SocialDistancing pic.twitter.com/i1Sri4I4Ob
— Joyce Lau (@JoyceLauNews) April 17, 2020
Selain mewajibkan pekerja untuk memakai penutup muka, mereka juga perlu merekodkan suhu para pekerja bagi setiap pesanan makanan yang diambil.
Jika di Hong Kong pula, pelanggan perlu berdiri di hadapan alat pengimbas suhu badan (thermal monitor) sebelum mengambil pesanan di kaunter.
Sumber: Awani