Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Sahabat Nabi Yang Suka Berjenaka

Secara amnya, kita mengenali Nabi Muhammad SAW mempunyai ramai sahabat dengan pelbagai watak dan tingkah laku. Apa yang menariknya ada juga sahabat Baginda yang suka membuat lawak jenaka.
Haziq
19 Jan 2023, 04:44 PM

Secara amnya, kita mengenali Nabi Muhammad SAW mempunyai ramai sahabat dengan pelbagai watak dan tingkah laku. Apa yang menariknya ada juga sahabat Baginda yang suka membuat lawak jenaka.

Antara salah seorang sahabat yang sering membuat Nabi Muhammad SAW tertawa ialah Nu’aiman bin Amr bin Rafa’ah.

sahabat nabi yang suka berjenaka

Diriwayatkan bahawa Nu’aiman ini sejenis yang nakal dan sering mengusik orang tidak kira siapapun, termasuklah Rasulullah SAW.

Salah satu kisah yang mencuit dimana terdapat satu rombongan dari Syam menuju ke Madinah untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW.

Kebanyakan unta-unta yang datang dari Syam ini terkenal dengan unta yang berkualiti tinggi (gred A). 

Dalam masa yang sama, ada seorang sahabat apabila melihat rombongan itu lantas berjenaka dengan Nu’aiman.

“Nu’aiman, tengoklah unta-unta itu, kalau sembelih pasti sedap jika unta itu dibuat panggang,” jelas sahabat Nu’aiman.

Apabila rakannya melihat unta-unta rombongan dari Syam itu, habis kesemuanya telah disembelih oleh Nu’aiman.

Selepas menyembelih kesemua unta itu, Nu’aiman berlari hingga ke hujung Madinah dan bersembunyi. 

Ketika itu, Nu’aiman meminta pertolongan daripada seorang sahabat dan menyatakan bahawa beliau dikejar oleh musuh.

Selepas sahaja rombongan dari Syam berjumpa dengan Rasulullah, mereka terkejut kesemua unta mereka telah disembelih.

Rasulullah SAW bertanya, “Ini angkara siapa?”

“Nu’aiman Ya Rasulullah,” jawab sahabat-sahabat.

Selepas itu, Rasulullah SAW mengajak sahabat-sahabat yang lain untuk mencari Nu’aiman dan berjaya sampai ke ladang persembunyian Nu’aiman di hujung Madinah.

Apa yang menariknya adalah respon Nabi Muhammad SAW yang tidak marah dan bertanyakan kepada Nu’aiman mengapa melakukan perkara sedemikian.

Walaupun sikap Nu’aiman nakal, namun dia bersikap jujur dan memberitahu perkara sebenar bahawa ada seorang sahabatnya yang bergurau dengannya.

Sahabat itu berasa bersalah untuk menjawab pertanyaan Rasulullah SAW kerana telah berjanji dengan Nu’aiman untuk merahsiakan lokasinya, dalam masa yang sama dia tidak mahu berbohong kepada Rasulullah SAW.

Oleh itu, sahabat itu bercakap tidak nampak kelibat Nu’aiman, namun dalam masa yang sama tangannya menunjukkan lokasi Nu’aiman.

Apa yang menariknya adalah respon Nabi Muhammad SAW yang tidak marah dan bertanyakan kepada Nu’aiman mengapa melakukan perkara sedemikian.

Walaupun sikap Nu’aiman nakal, namun dia bersikap jujur dan memberitahu perkara sebenar bahawa ada seorang sahabatnya yang bergurau dengannya.

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
ads-with-us