Kesakitan di bahagian belakang dan pinggang boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak mengira jantina atau umur. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil sekiranya kita mengalami kesakitan di bahagian belakang.

Tidur yang teratur
Jika kita mengalami sakit belakang, kita tidak akan mudah untuk tidur, dan ini akan membawa kepada kesakitan yang lebih teruk. Posisi tidur yang tidak betul pun akan menyumbang kepada kesakitan tersebut. Antara tips yang disarankan oleh pakar adalah:
- Tidur secara mengiring
- Letakkan bantal di antara lutut supaya tulang belakang berada dalam keadaan neutral
- Sekiranya anda tidur telentang, letakkan bantal di bawah lutut
- Dan pastikan anda tidur di atas tilam yang selesa dan kukuh
Postur yang betul
Jangan dimarah mereka yang menegur cara kita berjalan. Terutama jika kita suka jalan berbongkok. Postur ini tidak baik untuk badan anda. Postur yang teruk akan menjejaskan integrity tulang belakang anda. Duduk dengan tegak dan relax-kan bahu anda. Pastikan posisi duduk anda bersandarkan kepada kerusi yang selesa.
Terapi Fizikal
Pakar terapi fizikal atau fisioterapi dapat memberi penerangan kepada pesakit tentang cara duduk, berjalan, diri dan bergerak dengan betul. Senaman ringan yang khusus juga akan diajar supaya kitab oleh berlatih sendiri di rumah. Sekiranya masalah itu agak serius, terdapat beberapa alatan khusus yang boleh digunakan bagi membantu dalam mengurangkan kesakitan tersebut.
Penggunaan Ais dan Haba
Ini adalah pengubat jangka masa pendek. Penggunaan pek panas atau sejuk di bahagian belakang yang mengalami kesakitan dapat membatu mengurangkan bengkak dalaman atau inflammation yang menjadi punca kesakitan tersebut. Jangka masa yang disarankan dalah selama 20 minit setiap sesi dan sentiasa balut pek panas atau ais tersebut dengan tuala yang tidak terlalu tebal bagi menjaga kulit.
Ubat-ubatan
Seringkali kita memerlukan penyelesaian yang mudah dan cepat kepada kesakitan yang dialami. Istilah ‘painkillers’ sudah tidak asing lagi bagi penghidap sakit belakang yang tegar. Pilihan ini boleh diambil sekiranya kesakitan yang melampau menyelubungi diri. Walaubagaimanapun, harus diingat supaya kawalan terhadap pengambilan udat tahan sakit ini perlu dikawal supaya tidak terjebak kepada ketagihan.
Ini adalah sebahagian tips-tips bagi mengurangkan sakit belakang yang boeh diamalkan sekiranya hidup and diselubungi masalah ini. Sekiranya kesakitan belakang tersebut berterusan dan semakin kronik, jumpalah doktor atau pakar ortopedik secepat mungkin supaya ia dapat dikawal sebelum melarat.

Sumber: WebMD, VerywellHealth, eMedicineHealth
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.