Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Selain lelaki, penglibatan wanita dalam PDRM juga penting kerana mereka juga menyumbang kepada organisasi dan tugasan polis. Berikut adalah antara 12 anggota polis yang terkenal hingga peringkat dunia.
1. Pesuruhjaya Polis Dato' Robiah Binte Abdul Ghani
Digelar Permata PDRM, beliau merupakan satu-satunya pegawai polis yang banyak mencipta rekod sejarah dalam PDRM. Antaranya:
a. Sebagai Platun Komander Wanita Pasukan Polis Hutan (PPH) yang pertama.
b. Pegawai polis wanita yang pertama dilantik ke jawatan sebagai Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Tatatertib) Bukit Aman.
c. Pelantikannya sebagai Ketua Polis Pahang melakar sejarah PDRM sebagai Polis wanita pertama dilantik sebagai Ketua Polis dalam PDRM.
d. Merupakan satu-satunya polis wanita yang menjawat jawatan sebagai Pengarah Pengurusan PDRM.
2. Timbalan Pesuruhjaya Polis Dato' Zakiah Laidin
Beliau merupakan wanita pertama Malaysia menyandang jawatan tertinggi dalam pasukan PDRM dan telah berkhidmat dalam pasukan selama 36 tahun. Beliau juga pernah terpilih sebagai polis wanita Asia pertama menyertai kursus di Akademi Kebangsaan FBI di Amerika Syarikat pada 1980-an.
3. Pesuruhjaya Polis Dato' Zaleha Abd. Rahman
4. Timbalan Pesuruhjaya Polis Dato' Nooryah Binte Anvar
5. Superintenden Blossom Wong Kooi Fong
6. Inspektor Zaharah Rautin
7. Inspektor Raja Nor Jasmi bt Raja Shahar Shah
8. Inspektor Ng Lee Sin
9. Inspektor Emily Koshy
10. Inspektor Irene Lee Saw Leng
11. Inspektor Khairunisa Binte Karim
12. Inspektor Lee Yoke Lin
Setiap 25 Mac, sambutan Peringatan Hari Polis disambut diseluruh negara dengan meriah. Tahun ini, genaplah sambutan Hari Polis ke-212 bagi memperingati tarikh penubuhan pasukan ini.
Selamat Hari Polis!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.