Scam atau skim penipuan untuk memperdayakan para pelancong memang wujud di man-mana tempat didunia.Tanyalah mereka yang sering mengembara,Pastinya jawapan mereka adalah iya.
Tetapi tiada siapa yang dapat menyangkakan bahawa terdapat sebuah sindiket yang bergerak secara licik dan teratur di kawasan sekitar Jabal Rahmah di Arafah yang mengambil kesempatan ke atas para jemaah yang tidak fasih berbahasa arab.

Seorang lelaki baru-baru ini telah berkongsi di Facebook beliau mengenai sindiket ini di dalam laman Facebook Beliau.
Muka-muka dalam bulatan yang di bulatkan dibawah merupakan sindiket memaksa jemaah membayar sejumlah wang.
Mereka berlegar aktif di kawsan Jabal Rahmah di Arafah.Ketika jemaah sedang leka naik tangga Jabal Rahmah mereka secara tiba-tiba akan meletakkan selendang diatas kepala anda dan terus mengambil gambar dan terus cuci.
Selepas print mereka akan terus tunjuk pada anda dan memaksa anda bayar.
Sekeping gambar 30 Riyal mereka minta.
Jemaah saya kena pagi tadi,dan saya cari budak-budak ni semula dan tengking mereka (Dalam Bahasa Arab).Saya minta mereka serahkan semula wang jemaah saya.Selepas di tengking baru mereka serahkan semula wang tersebut.Dia ingat kita tak pandai cakap arab.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.