Menurut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan Selangor telah memutuskan untuk membatalkan semua penganjuran bazar Ramadan, dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan itu ada kemungkinan akan diubah bergantung kepada pandangan dan nasihat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kerajaan negeri baru sebentar tadi bermesyuarat (berhubung perkara ini), dan Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan arahan nanti. Kita akan tangguh atau batalkan bazar hingga masa sesuai, dan ini jika kementerian dan Jabatan Kesihatan Negeri kata sudah boleh dilakukan, baru kita buat.
“Tetapi buat waktu ini kita tangguh apa apa pelaksanaan bazar. Dan perkara ini telah dibincangkan atas talian dengan Yang di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan, ada cadangan saya terima daripada mereka,” katanya.
Menurut kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, kerajaan negeri akan melihat kepada usaha mewujudkan Bazar Ramadan secara dalam talian bagi memastikan penjualan makanan kekal rancak sepanjang bulan Ramadan.
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, belum ada sebarang keputusan mengenai penganjuran bazar Ramadan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, kementerian beliau telah memberikan masa beberapa hari kepada pihak berkuasa tempatan di Wilayah Persekutuan untuk mereka memberikan cadangan.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.