Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Selebriti Tanah Air Luah Isi Hati Demi Rakyat Palestin

Doa dan suara dalam kesatuan ummah demi Palestin!
17 May 2021, 05:11 PM

Selebriti tanah air tidak ketinggalan menzahirkan sokongan dan membawa suara mereka kepada perjuangan Palestin terhadap tindakan kejam dan ganas rejim Zionis.

Menerusi sesi "Palestine: From Malaysia With Love bersama Tun Dr Mahathir Mohamad", malam tadi, rata-rata selebriti menyuarakan isi hati mereka terhadap apa yang berlaku.

selebriti tanah air luah isi hati demi rakyat palestin

Tindakan ini mungkin tidak sebesar mana tetapi usaha dalam menyampaikan dan menyebarkan kebenaran tentang Palestin mempunyai nilai tersendiri.

Berikut antara luahan isi hati selebriti tempatan untuk Palestin;

#1 - Lisa Surihani

selebriti tanah air luah isi hati demi rakyat palestin

Semoga Allah beri kita ilham dan kebijaksanaan untuk terus mendapatkan fakta yang betul tentang bagaimana kita boleh memberi impak kepada kepentingan Israel, untuk memberi tekanan diplomatik yang betul bagi membolehkan Palestin beroleh keamanan.

#2 - Haris Ismail

selebriti tanah air luah isi hati demi rakyat palestin

Apa yang kita mahukan ialah keamanan dan kesejahteraan untuk Palestin. Saya harap rakyat Malaysia dapat sama-sama tadah tangan, berdoa, buat solat hajat dan baca Qunut Nazilah. Inilah perantara kita dengan Allah.

Antara waktu yang mujarab untuk berdoa adalah malam-malam awal Syawal, jadi kita gunakan masa ini untuk berdoa sebanyak mungkin untuk mereka.

#3 - Neelofa

selebriti tanah air luah isi hati demi rakyat palestin

Sekadar peringatan, orang Islam adalah saudara seagama kita. Apa yang terjadi di Palestin, kita kena rasakannya seolah-olah ia terjadi kepada kita sendiri.

Kalau kita lihat gambar dan video dan kita rasa geram, marah dan sedih, itu tandanya ada iman dalam hati kita.

Kita tak dituntut sertai perang di sana tapi kita boleh gunakan media sosial untuk lancarkan perang saraf dan kita kena guna medium ini dengan bijak.

#4 - Diana Amir

selebriti tanah air luah isi hati demi rakyat palestin

Kita perlu ikut jejak Nabi Muhammad SAW, ketika kita mengecam mereka, gunakan perkataan yang bijak dan bukan memaki hamun, tunjukkan kepada mereka kita adalah golongan yang berintelek.

Kita ada Allah, Allah sudah janji yang Palestin akan bebas satu hari nanti.

Ini masa ujian, Allah nak uji iman kita, siapa yang bersama Dia dan siapa pula yang berpura-pura dan munafik.

#5 - Ernie Zakri dan Syamel

selebriti tanah air luah isi hati demi rakyat palestin

Kami ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan artis dan selebriti, kita bersama-sama dalam hal ini. Kita usaha yang terbaik dan mungkin ia nampak kecil tetapi inilah yang kita mampu.

Di Malaysia, tugas kita adalah sebar fakta yang mungkin masih ramai belum tahu dan tidak terdedah dengan info berkaitan Palestin dan Israel.

Jadi kita perlu laksanakan tugas ini dengan baik supaya semua orang di luar sana dapat rasa apa yang kita rasa.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}