Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Senarai menteri Kabinet pertama negara, sebelum dan selepas merdeka

Sempena pengumuman Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, elok juga kalau kita dapat imbas sejarah pembentukan Kabinet di Malaysia.
Amin
06 Dec 2022, 10:33 AM

Pilihan raya umum pertama

PRU pertama diadakan pada 1955 bagi menyediakan negara ke arah negara berpentadbiran sendiri. PRU tersebut dimenangi Parti Perikatan yang dianggotai parti UMNO, MCA dan MIC.

Kabinet pertama sebelum merdeka

Kemenangan Parti Perikatan membolehkan mereka membentuk Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, walaupun ketika itu negara masih di bawah jajahan British.

Pengumuman pembentukan Kabinet tersebut dilakukan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray pada 4 Ogos 1955. Ia dilaksanakan di King’s House (kini dikenali sebagai Carcosa Seri Negara, terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur) selepas MacGillivray mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Berikut merupakan senarai Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 1955:

Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri: Bahaman Samsudin

Menteri Pelajaran: Datuk Abdul Razak Hussain

Timbalan Menteri Pelajaran: Poh Choon Beng

Menteri Hasil Bumi: Dr. Ismail Abdul Rahman

Menteri Pengangkutan: Kolonel H.S. Lee

Menteri Pertanian dan Perikanan: Abdul Aziz Ishak

Menteri Muda Pertanian dan Perikanan: Mohamed Khir Johari

Menteri Kesihatan: Leong Yew Koh

Menteri Muda Kesihatan: Rahman Talib

Menteri Kerja Raya: Sardon Jubir

Menteri Buruh:  V.T. Sambanthan

Menteri Muda Buruh: Khalid Awang Osman

Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancang Bandar: Sulaiman Abdul Rahman

Menteri Perhubungan, Telekomunikasi dan Pos: Ong Yoke Lin

Ketua Setiausaha Negara: D.J. Watherson

Setiausaha Kewangan: C.J. Thompson

Peguam Negara: J.P. Hogan

Setiausaha Negara: Pegawai British

Kabinet pertama selepas merdeka

Menjelang kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri telah mempersembahkan barisan 13 Jemaah Menteri untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

senarai menteri kabinet pertama negara, sebelum dan selepas merdeka

Berikut pula merupakan senarai Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka:

Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan: Dato Abdul Razak Hussain

Menteri Kewangan: Kol. Sir H.S. Lee

Menteri Dalam Negeri dan Keadilan: Sulaiman Abdul Rahman

Menteri Perdagangan dan Perusahaan: Tan Siew Sin

Menteri Kesihatan: V.T. Sambanthan

Menteri Pelajaran: Mohamed Khir Johari

Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat: Ong Yoke Lin

Menteri Pengangkutan: Abdul Rahman Talib

Menteri Sumber Asli: Bahaman Samsudin

Menteri Pertanian: Abdul Aziz Ishak

Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekomunikasi: Sardon Jubir

Menteri Tidak Berportfolio dan Wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Dr. Ismail Ab. Rahman

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}