
Foto: The Guardian
Pihak berkuasa tempatan di bandar Jumilla, di tenggara Sepanyol, telah mengumumkan larangan penggunaan kemudahan awam seperti pusat sivik dan gimnasium bagi umat Islam untuk menyambut perayaan keagamaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.
Keputusan kontroversial ini yang menjadi yang pertama seumpamanya di Sepanyol diusulkan oleh Parti Rakyat (PP) berhaluan konservatif dan diluluskan meskipun dikembalikan sebagai berkecuali oleh parti sayap kanan Vox, sementara parti-parti kiri tempatan menentangnya dengan keras.

Mengikut peraturan baru, “kemudahan sukan milik majlis perbandaran tidak boleh digunakan bagi sebarang aktiviti keagamaan, kebudayaan atau sosial yang kelihatan 'asing kepada identiti kami', kecuali jika dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan.”
Vox meraikan keputusan ini dan menegaskan;
"Dengan sokongan Vox, langkah pertama mengharamkan perayaan Islam di ruang awam Sepanyol telah diluluskan. Sepanyol adalah dan kekal sebagai tanah umat Kristian."
Reaksi masyarakat Muslim sangat keras. Mounir Benjelloun Andaloussi Azhari, Presiden Persekutuan Pertubuhan Islam Sepanyol, mengecam tindakan itu sebagai;

"Islamofobik dan bersifat diskriminasi", sambil menyatakan, “Mereka tidak menyasarkan agama lain, hanya agama kami... Buat kali pertama dalam 30 tahun, saya rasa takut.”
Ahli politik kiri seperti Francisco Lucas juga menuduh PP melanggar Perlembagaan dengan mempertaruhkan keharmonian sosial demi kuasa politik. Bekas Datuk Bandar Jumilla, Juana Guardiola, membangkitkan persoalan tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘identiti’ dan mengingatkan tentang warisan Islam yang berabad-abad di bandar itu, yang pernah berada di bawah pemerintahan Arab sebelum ditakluk semula oleh kerajaan Kristian.
Sumber: AGENSI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.