Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Shaheed Fatima: Tokoh Guaman Berhijab Pertama Dilantik KC, Kini Terajui Perbicaraan Berprofil Tinggi di UK

ROSTAM, Mohamad Firdaus
08 Jul 2025, 11:10 AM

shaheed fatima: tokoh guaman berhijab pertama dilantik kc, kini terajui perbicaraan berprofil tinggi di ukFoto: Agensi

Nama Shaheed Fatima kini terpahat sebagai antara tokoh terkemuka dalam dunia perundangan antarabangsa. Wanita berhijab berusia 48 tahun ini bukan sahaja mencipta sejarah sebagai wanita Islam pertama dilantik sebagai Queen’s Counsel (QC) pada tahun 2016 kini dikenali sebagai King’s Counsel (KC) selepas penabalan Raja Charles II. Malah, telah mengetuai pelbagai kes berprofil tinggi di United Kingdom.

Lebih membanggakan, Fatima baru-baru ini mengetuai pasukan guaman dalam kes berkaitan permohonan Putera Harry untuk mengekalkan pembiayaan keselamatan daripada kerajaan British. Dalam hujahnya, beliau menyatakan bahawa Putera Harry berdepan ancaman keselamatan yang signifikan, termasuk daripada kumpulan militan Al-Qaeda, sejak penarikan diri baginda daripada tugas rasmi diraja pada tahun 2020.

Hampir Tolak Kerjaya Undang-Undang

Menariknya, perjalanan Fatima ke dunia guaman tidak bermula dengan keyakinan mutlak. Dalam satu temu bual, beliau mendedahkan bahawa minat asalnya adalah dalam bidang seni.

“Saya mungkin jadi artis. Memilih antara sekolah seni dan undang-undang adalah keputusan yang sangat sukar,” ujar beliau.

Namun, Fatima akhirnya memilih untuk mengikuti ijazah undang-undang di Universiti Glasgow, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Oxford dan Harvard.

Keputusan itu ternyata tepat apabila beliau kini menjadi antara peguam paling disegani dalam bidang guaman antarabangsa.

Kerjaya Cemerlang dan Pencapaian Antarabangsa

Fatima kini berkhidmat di firma guaman ternama, Blackstone Chambers, dengan pengkhususan dalam bidang hak asasi manusia, undang-undang komersial dan perundangan antarabangsa.

Beliau pernah terlibat dalam siasatan kematian Baha Mousa, tahanan Iraq yang meninggal dunia dalam tahanan tentera British, selain memainkan peranan penting dalam keputusan penting House of Lords berkaitan Akta Hak Asasi Manusia 1998.

Pada tahun 2017, beliau turut mengetuai laporan khas di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perlindungan kanak-kanak di zon konflik, di bawah pelantikan bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.

Pengiktirafan terhadap sumbangan beliau datang dari pelbagai pihak, antaranya anugerah “Peguam Hak Asasi Manusia Terbaik” oleh Liberty dan Justice. Beliau juga pernah dinamakan antara “6 Bintang Muda Bawah 30 Tahun” oleh The Lawyer (2005), serta salah satu daripada “10 Bintang Masa Depan Bar” oleh The Times (2007).

Inspirasi untuk Generasi Akan Datang

Fatima menyatakan bahawa sumber inspirasi terbesar dalam hidupnya adalah ibu bapa, suami dan mentornya, mendiang Profesor Peter Birks. Kepada golongan muda yang berminat dalam bidang guaman, beliau menitipkan pesanan:

“Pastikan anda benar-benar inginkannya dan ia adalah satu panggilan jiwa, bukan sekadar kerjaya.”

Sumber: Majoriti

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us