
Bekas peserta Akademi Fantasia, Sharul Kamal menarik perhatian warga net apabila dia memuat naik sebuah klip video pendek melaungkan azan di makam Sultan Al-Muayyad dengan begitu merdu sekali.
Sharul menyatakan tempat yang diziarahinya itu merupakan tempat bilal-bilal terdahulu melaungkan azan. Selepas percubaannya untuk azan di situ, bilal masjid tersebut memintanya untuk melaungkan azan.

Rata-rata warga net di Twitter dan Instagram kagum dengan suara merdunya yang melaungkan azan seperti yang selalu didengari di televisyen.


Sharul yang sedang mengadakan penggambaran Travelogue di Cairo, Egypt melawat beberapa tempat bersejarah seperti Bukit Tursina, yang berlakunya peristiwa penting dalam Islam di mana Nabi Musa AS berbual dengan Allah SWT. Tempat ini juga merupakan tempat yang murajab bila berdoa.
Sumber: Instagram Sharul Kamar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.