Siapa yang tidak kenal dengan Dato' Sheila Majid? Antara penyumbang suara yang tersohor dalam industri muzik tanahair. Boleh dikatakan ramai peminat atau rakyat Malaysia yang tahu siapa figura yang diperkatakan ini.
Pada tanggal 26 Julai yang lalu, Dato' Sheila Majid telah pun melancarkan single terbaru beliau yang berjudul "Wira Hatiku". Menyentuh mengenai mesej disebalik lagu ini, komposer Rynn Lim menyatakan bahawa karya ini adalah tribute buat frontliners yang telah berhempas-pulas berjuang dalam keadaan pandemik yang telah banyak mengubah landskap negara.
Tambahan lagi, lagu ini juga turut diserikan lagi dengan sokongan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) atau Orkestra Filharmonik Malaysia, sebuah kumpulan pemuzik berbakat dan professional. Mereka juga turut teruja dan tidak mahu terlepas dalam menyertai projek bersejarah menampilan seniwati negara ini. lebih hebat lagi, mereka menampilkan sebuah persembahan yang cukup mengujakan apabila dikuatkan dengan susunan muzik dari Mac Chew.
Penglibatan Sheila Majid dalam lagu ini bukan sahaja sebagai suatu pengiktirafan kepada produksi Juang dalam menerbitkan karya yang baik malahan ia juga sebagai penghargaan kepada barisan depan negara (frontliners) dalam menghadapi krisis pandemik negara.
Ahmad Muriz Che Rose, menyatakan bahawa dirinya amat teruja kerana diberikan peluang untuk menyertai sebuah projek yang disifatkannya sebagai epik. Wira Hatiku yang diterbitkan oleh Cheng Lee dan Elaine Soong ini kemudian dirakamkan secara orkestra oleh Peter Chong dengan bantuan Hep Kim Fai dan Chong Soon Jet. Proses rakaman serta mixing juga dari Peter Chong dan mastered oleh Cheng Lee @ Prodigee Studio.
Lagu yang digarap dan disusun oleh Rynn Lim dan diterbitkan oleh Cheng Lee/Elaine Soong ini bakal menemui penenton sebagai lagu tema filem "Juang" pada 8 September nanti.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.