Isteri ini adalah amanah Allah untuk lelaki pimpin dan bimbing masuk ke syurga. Kita sayang kerana Allah, walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk keredaan Allah.

Ketika anda melihat isteri, kenangkanlah ibu yang mengandung anda, kenangkan anak perempuan anda. kenangkanlah mereka.
Wanita ini boleh jadi insan paling lembut dan menyejukkan hati.Tetapi mereka juga boleh bertukar jadi insan paling keras dan teramat menyakitkan.

Oleh itu, suami tidak boleh jadi seperti wanita, mereka harus bertenang dalam mengharungi ujian rumah tangga. Seorang isteri akan melengkapkan suaminya. Sebab itu lelaki, tugas mereka adalah untuk kekal bertenang dan memimpin isteri mereka sampai ke syurga dengan niat kerana Allah SWT.
Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka. Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga. Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu.

Malam menangis di depan Allah. Bahkan, Al-Quran puji pengorbanan wanita. Dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari rahim seorang ibu. Sebab itulah jaga wanita dengan sebaik mungkin.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.