Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Satu benda yang orang tak tahu, saya gemuk disebabkan kesusahan hidup”- Siti Aminah Borhan

Tidak semua kegemukan itu disebabkan kebahagiaan
Editor
13 Sep 2019, 12:03 PM

“satu benda yang orang tak tahu, saya gemuk disebabkan kesusahan hidup”- siti aminah borhan

 

Kisahnya pernah viral disebabkan tubuh badan yang besar. Disebabkan tubuhnya terlalu besar, kisah baju pengantin terkoyak pernah menjadi perhatian para netizen. Berbekalkan kisah itu, Siti Aminah bertekad untuk mengubah hidupnya.

“Satu benda yang orang tak tahu, saya gemuk kerana hidup susah.” Dia memulakan bicaranya.

Mempunyai enam orang adik beradik dan tinggal di dalam kawasan estet, ibu dan ayah nya seorang penoreh getah. Kesusahan telah menjadi norma kehidupannya. Ami bercerita, mereka berlapan sentiasa makan satu lauk sahaja sepanjang hari.

“Saya masih ingat, kakak saya masakkan ikan sardine masak lemak. Itu lah lauk untuk breakfast (makan pagi), lunch (makan tengah hari) dan makan malam. Bayangkan, dengan hanya satu lauk itu kami makan untuk tiga kali seramai lapan orang. Jadi, selalunya kami akan perbanyakkan kuah agar nasi yang dimakan ada rasa.” Ceritanya dengan nada yang sebak.

“Disebabkan kami ni keluarga susah, jadi saya dan keluarga terpaksa makan nasi lebih banyak supaya kami akan kenyang lama. Itu lah antara punca kenapa saya menjadi gemuk. Paling saya ingat bila kami terpaksa makan kerak nasi sahaja.”

Bukan sekadar berbadan besar, Ami juga berkata dia seorang pelajar yang kurang pintar di sekolah. Disebabkan perkara itu lah, dia menjadi kurang berkeyakinan untuk bercakap dengan sesiapa sahaja.

“Kalau dekat sekolah dulu, saya suka menyendiri. Saya rasa tak yakin dan rasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai disebabkan fizikal dan kekurangan saya. Sebab tu lah, saya jarang berkomunikasi dengan orang.”

Berbekalkan semangat ibunya, Ami sedaya upaya keluar daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh kemiskinan juga, dia merasakan bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini.

Antara kisah Ami yang menjadi inspirasi apabila dia berjaya mengurangkan berat badannya dari 125 kilogram menjadi 58 kilogram tanpa mengambil sebarang pil kurus.

“Kesusahan dulu membuatkan saya lebih kuat.” Kata Ami penuh semangat.

Kalau dulu Ami tidak berkeyakinan dan malu untuk bercakap, namun kini dia di antara seseorang yang memberi inspirasi kepada wanita yang ingin berubah. Bukan itu sahaja, Ami juga akan menyertai keluarga ZAYAN sebagai penyampai hujung minggu dan mengendalikan segmen ZAYAN Hujung Minggu.

Jadi, jangan lupa untuk bersama Siti Aminah Borhan pada setiap hujung minggu untuk mendengar kisah-kisah inspirasi dan yang terkini di radio ZAYAN.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us