Sekiranya anda sebagai ibu sentiasa berdepan dengan situasi ini, makan jangan risau, seseorang ibu itu dibenarkan mendukung bayi sambil menunaikan solat.
Hadis menerusi Abu Qatadah Al- Ansari R.A menyebut
Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasulullan S.A.W dengan suaminya Al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud, baginda meletakannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula.
(Al- Bukhari, Sahih al – Bukhari)
Maka dalam hal ini, ibu DIHARUSKAN untuk mendukung anak kecil ketika sedang mendirikan solat dengan syarat, si ibu harus patuhi kesemua syarat-syarat kat bawah ni :
- Si ibu harus pastikan anak dalam keadaan bersih dan bebas dari najis. Jadi, pastikan lampin anak sudah ditukar baru sebelum solat ya.
- Pergerakan harus dijaga. Pergerakan yang melebihi 3 kali akan membatalkan solat.
- Pastikan dada anda sentiasa mengadap arah kiblat
- Situasi ini hendaklah dilakukan ketika dalam keadaan terpaksa.. Sebaiknya, biarlah ada orang untuk menjaga anak sewaktu anda sedang solat.
Cara-cara solat ketika mendukung bayi :
-Bayi harus dalam keadaan bersih dan tiada najis.
-Mulakan niat solat sambil mendukung bayi.
-Tangan anda tidak perlu diangkat ketika takbir dan diletakkan di atas dada
-Seperti biasa, baca surah Al-Fatihah dan sudah pilihan sekiranya keadaan mengizinkan.
-Pegang erat bayi ketika rukuk dan tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut sekiranya tidak dapat melakukannya.
-Ketika sujud, letakkan bayi anda dan dukung kembali setelah bangkit untuk ke rakaat seterusnya..
-Sempurnakan langkah ini hingga tamat solat anda.
Sumber: Sirap Limau
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.