Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tatacara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Di Saat PKPB

Masih ramai orang yang keliru berkenaan hukum serta tatacara berkaitan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah.
20 May 2020, 01:05 PM

Masih ramai orang yang keliru berkenaan hukum serta tatacara berkaitan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah.

Mungkin kerana selama ini kita menunaikan secara berjemaah di masjid setiap tahun. Namun, tahun ini berbeza sekali dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

tatacara solat sunat aidilfitri di rumah di saat pkpb

1. Apakah hukum Solat Aidilfitri?

Hukum Solat Aidilfitri adalah sunat muakkad.

2. Bilakah waktu menunaikan Solat Sunat Aidilfitri?

Sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah sebelum waktu Zohor.

3. Bolehkah ia dilakukan secara bersendirian?

Ia boleh dilakukan secara bersendirian mahupun secara berjemaah, bermakna ia boleh dilakukan di kediaman masing-masing.

4. Perlukah membaca khutbah apabila bersolat sendirian?

Biasanya khutbah raya akan dibaca oleh khatib selepas Solat Sunat Aidilfitri.

Namun, dalam keadaan kita yang bersolat di rumah kali ini, ia boleh dilaksanakan dengan khutbah atau tanpa khutbah mengikut kemampuan masing-masing.

Secara lebih jelas lagi, tidak disunatkan berkhutbah bagi orang yang mengerjakan sembahyang hari raya sendirian (Fatwa Irsyad Brunei)

5. Jika imam dan makmum kesemuanya wanita, adakah perlu membaca khutbah?

Tidak disunatkan juga bagi jemaah perempuan melainkan ada lelaki yang membacakan khutbah untuk mereka. (Fatwa Irsyad Brunei)

6. Lafaz Niat Solat Sunat Aidilfitri

Niat Secara Berseorangan

أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

(Usolli sunnatan li ‘Aidil Fitri rok’ataini lillahi Taala)

“Sahaja aku solat sunat Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat Bagi Imam

أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

(Usolli sunnatan li ‘Aidil Fitri rok’ataini imaman lillahi Taala)

“Sahaja aku solat sunat Aidil Fitri dua rakaat menjadi imam kerana Allah Taala.”

Niat Bagi Makmum

أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

(Usolli sunnatan li ‘Aidil Fitri rok’ataini makmuman lillahi Taala)

“Sahaja aku solat sunat Aidil Fitri dua rakaat menjadi makmum kerana Allah Taala.”

7. Bagaimanakah takbir Aidilfitri?

a. Takbir Pertama

Memulakan dengan bertakbir hari raya oleh imam atau ketua yang melafazkannya.

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

b. Disambut dengan lafaz takbir yang sama oleh para jemaah.

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

c. Takbir Seterusnya

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ، لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

d. Disambut dengan takbir semula oleh jemaah

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

tatacara solat sunat aidilfitri di rumah di saat pkpb

8. Bagaimana pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri?

Rakaat Pertama

a. Dimulai dengan lafaz niat Solat Aidilfitri, kemudian sebutkan takbiratul ihram (Allahuakbar) disertakan dengan niat di dalam hati.

b. Membaca doa iftitah.

c. Takbir sebanyak 7 kali diselangi dengan ucapan tasbih sebanyak 6 kali.

Setiap kali takbir (Allahuakbar) diikuti dengan bacaan Subhanaallah, wal hamdulillah, wala ilaha illAllah wallahu akbar.

d. Membaca Surah Al Fatihah

e. Membaca Surah lain daripada Al-Quran (disunatkan membaca Surah Al-A’la)

f. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

a. Takbir sebanyak 5 kali diselangi ucapan tasbih sebanyak 4 kali (takbir tersebut tidak termasuk takbir ketika bangun dari sujud)

Setiap kali takbir (Allahuakbar) diikuti dengan bacaan Subhanaallah, wal hamdulillah, wala ilaha illAllah wallahu akbar.

b. Membaca Al-Fatihah

c. Membaca mana-mana surah daripada Al-Quran (Sunat membaca Surah Al-Ghaasyiyah)

d. Meneruskan rakaat kedua sehingga selesai.

e. Memberi salam.

9. Di mana boleh mendapatkan teks khutbah?

Teks khutbah boleh dirujuk daripada lama web Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}