Sebuah syarikat dari Malaysia, Stixfresh , dilaporkan telah berjaya mencipta sejenis pelekat atau sticker, yang boleh membuatkan buah-buahan tahan lebih lama.
Dipetik daripada NextShark , pelekat yang dibuat daripada 100% bahan organik, dilaporkan berkesan keatas banyak buah-buahan tempatan seperti epal, pears, avocado, buah naga, kiwi, mangga dan oren.
Antara bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan pelekat berkenaan ialah sodium chloride dan beeswax. Bahan-bahan ini juga dikatakan boleh mengurangkan ethylene, iaitu bahan yang terdapat dalam buah-buahan ketika proses pematangan.
Sumber: NextShark
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.