Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Suami Tabah Isteri Meninggal Dunia Selepas Bersalin, Sanggup Berhenti Kerja Mahu Jaga Empat Anak

Suami ingat pesanan isteri mahu fokus menjaga anak-anaknya.
Muhammad Izwan Zainal
30 Jul 2021, 12:48 PM

Seorang bapa yang baru kehilangan isteri pada bulan lalu tetap tabah dan sabar menjaga anak-anaknya termasuk bayi perempuan berusia sebulan.

Mohamad Shukri Hassan reda akan pemergian arwah isterinya dan mengambil keputusan berpindah ke kampung halamannya di Melaka bersama anak-anaknya.

suami tabah isteri meninggal dunia selepas bersalin, sanggup berhenti kerja mahu jaga empat anak

Dia membuat keputusan berhijrah ke Melaka dari Sepang bagi membolehkan dia mengusahakan tanah keluarganya untuk bercucuk tanam demi kelangsungan hidup.

Menurutnya, Shukri bekerja sebagai juruteknik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Linggi (klia) namun terpaksa berhenti kerja bagi memastikan fokus terhadap anak-anaknya.

“Bila berpindah di sini, sekurang-kurangnya keluarga saya dapat juga membantu menjaga anak-anak.

“Lagipun isteri sentiasa berpesan supaya saya menjaga anak-anak. Walaupun masih sedih namun saya tetap perlu kuat demi mereka,” katanya.

suami tabah isteri meninggal dunia selepas bersalin, sanggup berhenti kerja mahu jaga empat anak

Difahamkan, isterinya kerap kali mencium anak-anaknya termasuk sebelum bergerak ke Hospital Serdang dan tiada sebarang perubahan pelik yang berlaku kepadanya.

“Dari pagi ke hospital, namun bila hampir malam baharu saya dimaklumkan anak selamat dilahirkan namun keadaan isteri tidak stabil sebelum disahkan meninggal dunia pada waktu petang.

suami tabah isteri meninggal dunia selepas bersalin, sanggup berhenti kerja mahu jaga empat anak

“Saya reda dengan ujian ini dan bersyukur dipinjamkan seorang isteri yang baik dan tidak pernah menyakitkan hati malah ibu yang terbaik buat anak-anak kami,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}