Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Sultan Pahang Titah Solat Jenazah Ghaib untuk Mangsa Kemalangan Pelajar UPSI

IDRUS, Husna Najwa
12 Jun 2025, 10:32 AM

sultan pahang titah solat jenazah ghaib untuk mangsa kemalangan pelajar upsi

Foto: Arkib

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang, menitahkan agar semua masjid di negeri Pahang menganjurkan solat jenazah ghaib bagi para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam tragedi kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak baru-baru ini.

Menurut kenyataan rasmi oleh Mufti Pahang, Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim, Baginda turut bertitah agar solat hajat, bacaan Yasin serta tahlil turut dilaksanakan selepas solat Maghrib esok sebagai tanda penghormatan dan doa kepada para mangsa.

“Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat serta memohon agar negeri Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bentuk bencana alam dan kemudaratan,” ujar Dr. Asmadi.

Tragedi yang berlaku pada awal pagi Isnin lalu telah menggemparkan negara apabila seramai 15 penuntut UPSI terkorban selepas bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza.

Insiden menyayat hati itu turut mengakibatkan 33 mangsa lain cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas, serta pemandu dan tiga penumpang kereta terbabit. Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Umat Islam di seluruh negeri Pahang diseru untuk bersama-sama menyertai solat dan doa yang akan dianjurkan, sebagai satu bentuk solidariti serta penghormatan kepada para mangsa yang telah pergi menghadap Ilahi.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us