Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Susu Ibu Cair Bukan Kurang Zat, Fahami Keajaibannya!

IDRUS, Husna Najwa
18 Sep 2025, 11:18 AM

susu ibu cair bukan kurang zat, fahami keajaibannya!

Foto Hiasan

Keadaan susu ibu yang kelihatan cair sering menjadi punca kegusaran dalam kalangan ibu, terutamanya mereka yang pertama kali menimang cahaya mata. Tidak kurang juga yang menyangka bahawa susu yang tidak kelihatan pekat itu tidak cukup berkhasiat untuk menyokong tumbesaran bayi. Akibat salah faham ini, ada ibu yang bertindak memberikan susu formula sebagai alternatif atau tambahan, kononnya bagi memastikan bayi mendapat nutrien yang mencukupi.

Namun, sejauh mana benar dakwaan tersebut? Adakah susu ibu yang cair itu benar-benar kurang zat?

Menurut Pakar Perunding Pediatrik, Dr Faisal Mohd Fadzli, walaupun kelihatan cair, susu ibu sebenarnya merupakan makanan paling lengkap bagi bayi, khususnya mereka yang berusia enam bulan ke bawah. Malah, tiada susu formula yang dapat menandingi keunikan dan kesempurnaan zat yang terkandung dalam susu ibu.

susu ibu cair bukan kurang zat, fahami keajaibannya!

Foto: Bernama

“Memang lumrah, bila nampak susu itu cair, kita rasa tak cukup... tetapi sebenarnya susu badan memang sedikit berair secara semula jadi. Ia bukan tanda kekurangan zat,” jelas beliau.

Setiap titisan susu ibu dihasilkan mengikut keperluan spesifik bayi termasuk jika bayi lahir secara pramatang, susu ibu secara semula jadi akan menyesuaikan kandungan zatnya bagi menyokong pertumbuhan bayi itu.

Pada peringkat awal kelahiran, jumlah susu yang dihasilkan memang sedikit, sekitar 5 mililiter setiap sesi. Namun, ini bukanlah sesuatu yang membimbangkan kerana perut bayi yang baru lahir sangat kecil dan mudah kenyang.

Tambah Dr Faisal, kolostrum susu awal yang dihasilkan selepas kelahiran sangat padat dengan zat penting dan antibodi, menjadikannya sangat berharga untuk sistem imun bayi. Hanya segelintir kecil ibu (kurang lima peratus) yang benar-benar menghadapi masalah penghasilan susu.

susu ibu cair bukan kurang zat, fahami keajaibannya!

Foto Hiasan

Satu keistimewaan luar biasa susu ibu ialah ia turut berfungsi sebagai sistem pertahanan semula jadi. Apabila ibu terdedah kepada jangkitan, tubuhnya akan menghasilkan antibodi, yang kemudian disalurkan terus kepada bayi melalui penyusuan.

“Ini kelebihan besar yang tiada pada susu formula. Susu badan bukan saja beri nutrien, tetapi juga perlindungan terhadap jangkitan,” kata Dr Faisal lagi.

Lebih menarik, penyusuan turut membantu perkembangan emosi bayi. Proses bayi melekap pada ibu sewaktu menyusu mewujudkan hubungan emosi yang mendalam dan memberi ketenangan, sekali gus menyokong tumbesaran si kecil secara menyeluruh.

Penyusuan bukan sahaja memberi faedah kepada bayi, bahkan ibu turut mendapat manfaat besar daripadanya. Hormon oksitosin yang terhasil semasa penyusuan dikenali sebagai "hormon kasih sayang" kerana ia bukan sahaja mengukuhkan ikatan ibu dan anak, tetapi juga membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat.

Ini secara tidak langsung mengurangkan risiko tumpah darah selepas bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan ibu. Malah, ia juga terbukti dapat membantu mengurangkan risiko kemurungan pospartum.

Sumber: BERNAMA

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us