Susu pekat manis antara salah satu perkara yang dikatakan wajib ada di dapur. Kalau nak buat minuman ataupun kuih-muih banyak menggunakan susu pekat manis. Jadi apa salahnya kalau kita buat susu pekat manis sendiri jika perlu.
Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja.
Jika anda ada lebihan susu tepung dirumah dan tak tau nak guna untuk apa, boleh lah buat susu pekat manis.
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan susu tepung
- 1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
- 2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
Cara buat:
1. Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
2. Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.
3. Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.
Selamat mencuba!
Sumber: Zan Zafirah Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.