Filem Munafik 2 arahan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof berjaya mencatat kejayaan luar biasa selepas meraih kutipan sebanyak RM21.6 juta selepas 4 hari tayangan di 147 buah panggung wayang bermula 30 Ogos yang lalu,
Jumlah tersebut juga mencatat sejarah tersendiri dalam industri perfileman negara untuk rekod tertinggi pada kutipan hujung minggu.
Dipetik daripada Utusan Malaysia, Syamsul berkata tiada apa yang mampu diluahkannya melainkan rasa syukur yang tidak terhingga serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menonton dan menyokong filem tersebut.
Syamsul juga merancang untuk menghasilkan sambungan kepada filem berkenaan, iaitu Munafik 3.
“Skrip untuk naskhah ketiga Munafik belum siap sepenuhnya. Namun, saya sudah ada bayangan jalan cerita yang sentiasa berlegar-legar di fikiran.
“Rancangan untuk menghasilkan Munafik dalam bentuk trilogi sudah ada sejak pembikinan naskhah pertama pada 2016 lagi,” kata Syamsul lagi.
Sumber: Utusan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.