Platform terbaharu diperkenalkan Lembaga Tabung Haji (TH) iaitu pembukaan akaun secara maya (VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI.
VAO merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi digital TH ke arah memperluaskan akses perkhidmatan, menjimatkan masa, mesra alam, selamat dan cekap.
Menurut Pengarah Eksekutif Operasi TH Mustakim Mohamad berkata, VAO bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk membuka akaun TH dengan lebih mudah di mana sahaja.
“TH menyaran para pendepositnya untuk terus meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengurangkan interaksi secara bersemuka di kaunter cawangan TH di seluruh negara berikutan penularan COVID-19 yang amat membimbangkan pada masa ini,” katanya.
Mudah sahaja, bakal pendeposit hanya perlu melayari laman sesawang www.thijari.com.my, kemudian isi butiran lengkap secara dalam talian.
Seterusnya hadir di mana-mana cawangan TH bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
Hanya satu minit masa diperuntukkan dan pendeposit akan diberi keutamaan di cawangan TH kerana telah melengkapkan permohonan terlebih dahulu di talian.
“Bakal pendeposit perlu memenuhi syarat-syarat pembukaan akaun dan hanya perlu membawa MyKad dan amaun deposit permulaan,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.