Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Setiap Keputusan Pasti Ada Kelebihan Dan Kekurangan, Sebab Itu Tak Boleh Cepat Putus Asa!

Ada kala diri ini memang nak pilih jalan keluar yang paling mudah iaitu berputus asa. Tapi kenapa?
Editor
06 Oct 2020, 12:30 PM

Ada kala, diri ini memang nak pilih jalan keluar yang paling mudah iaitu berputus asa. Kenapa? Mungkin kereana sudah penat dengan sesuatu perkara ataupun rasa seperti diri ini tidak layak untuk berjuang perkara itu.

Tapi kena sentiasa ingat, tiada langkah yang bermula dengan senang. Langkah pertama sudah tentu yang paling susah untuk dilakukan. Kesusahan merupakan salah satu proses sahaja! Jangan terus memikirkan langkah untuk berputus asa.

Mengapa tidak boleh memilih untuk berputus asa? Kenapa kena teruskan perjuangan?

1. Setiap langkah adalah proses dan pengalaman

setiap keputusan pasti ada kelebihan dan kekurangan, sebab itu tak boleh cepat putus asa!

Kehidupan ini adalah sebagai sebuah medan untuk kita mencipta pengalaman dengan mencuba sesuatu yang baru. Kita tidak akan melalui perkara sama setiap hari. Sebaliknya, setiap hari akan ada sahaja perkara yang tidak pernah dilalui tetapi anda harus melaluinya. Sebab dengan pengalaman itulah yang akan membantu proses kematangan anda.

2. Lihat kembali setiap langkah yang pernah anda ambil

setiap keputusan pasti ada kelebihan dan kekurangan, sebab itu tak boleh cepat putus asa!

Kadang kala kita kena muhasabah diri. Tanya pada diri anda, mana yang lebih berbaloi? Adakah dengan meneruskan perjuangan dan melihat hasilnya atau berhenti daripada apa yang sedang anda lalui?

Lihat kembali setiap kesusahan yang pernah dilalui dan dengan kesusahan itu, anda berjaya sampai sehingga ke tahap ini. Adakah berbaloi untuk berhenti selepas setiap suka duka yang dilalui?

3. Ingat kembali matlamat anda

setiap keputusan pasti ada kelebihan dan kekurangan, sebab itu tak boleh cepat putus asa!

Setiap manusia mesti akan ada misi dan matlamat hidup mereka sendiri. Segala keputusan yang dilakukan adalah untuk mencapai matlamat tersebut. Betul tak? Jadi, sentiasa ingat akan matlamat yang ingin anda raikan dan letakkan ia di tempat yang senang untuk dilihat agar semangat anda sentiasa membara.

Kena ingat setiap keputusan yang kita lakukan sudah pasti ada kebaikan dan keburukan. Perkara baik itu anggap sahaja seperti anugerah dan yang keruh itu ambil sahaja sebagai pengajaran.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}